Warga Emas Seharian Kemas, Cuci 2 Buah Rumah Dibayar Upah RM10 Je, Sampainya Hati!

Sudahlah perlu kemas dan cuci dua buah rumah, diberi upah RM10 saja. Siapalah manusia kejam yang sanggup buat begitu? Semoga dia cepat sedar! Sampainya Hati! Warga Emas Seharian Kemas, Cuci 2 Buah Rumah Dibayar Upah Hanya RM10 Je!

Dalam keadaan pandemik melanda negara, memang ramai yang terkesan. Tapi janganlah sampai menganiaya orang lain. Kisah seorang wanita warga emas ini amat menyayat hati. Hanya dibayar upah RM10 selepas cuci dua buah rumah!

Tidak kiralah siapa pun, sebagai seorang manusia, fikirlah logiknya kerja yang dibuat dengan upah yang dibayar. Tegarkan anda jika ibu anda yang diperlakukan demikian.

Semoga siapa yang menganiaya wanita tua ini sedar akan kekhilafan mereka dan lebih sensitif selepas ini jika mereka mengambil khidmat cuci rumah lagi. Upah cuci 2 rumah RM10 je, warga emas terpaksa makan nasi berlaukkan garam!

Melalui perkongsian Aisyah Shahid di laman twitternya, beliau yang mengetuai kumpulan yang memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan pada musim pandemik ini berkongsi mengenai kisah wanita tua ini.

Bukan untuk meraih simpati sesiapa tetapi ia bagi membuka mata ramai pihak bahawasanya sekiranya anda menggunakan khidmat sesiapa, berilah upah dengan kadar yang sepatutnya.

Jika tidak boleh berfikir ikut logik akal, banyakkan bertanya. Jangan pandai-pandai buat andaian sendiri hingga teraniaya orang lain. Cuci rumah bukan kerja mudah ya, penat sangat!

Ikuti perkongsian wanita ini:

Cuci rumah seharian, upah cuma RM10. Beberapa hari lepas, waktu agihan bantuan dijalankan, team sukarelawan kami ternampak aunty ni dalam perjalanan pergi kerja. Kami maklumkan pada aunty yg kami nak bagi barang keperluan sikit, tapi kotaknya berat.

Aunty pun ajak kami masuk. Sempat lah kami berborak sekejap dengan aunty sementara angkat kotak nak bagi. Kami ingatkan satu rumah yang aunty tu bersihkan untuk dapat upah RM10, rupanya 2 rumah.

Allah sedihnya.Tapi aunty ni baik sangat, ramah & bahasa melayunya pun fasih. Bekerja bukan untuk jadi kaya, tapi untuk dapat makan
nasi sehari dua.

Dalam usia yang dah senja, masih lagi terpaksa kerja. Bukan untuk jadi kaya, cukup untuk dapat makan nasi sehari dua. Aunty ni sempat tunjuk bekalan yang dia bawa. Sedihnya bila dikenang semula. Nasi kanji + garam je buat perasa.Telur pun takde.Jangan kata ayam, daging atau ikan.

Bantulah selagi mampu, jangan aniaya.

It’s a tough time for everyone. But we have to realise that it is tougher for someone else out there.

Be nice, please just be nice to all people.

Jaga tutur kata, perangai & kalau mampu bantu, please bantu mereka.

Berapa kadar upah biasa untuk bersihkan rumah?

Jika dibuat carian di internet, kadar upah paling minimum bagi cucian dan pembersihan rumah adalah RM20 setiap jam! Jadi RM10 untuk seharian seorang warga emas bekerja sangatlah tidak berperkemanusiaan. Janganlah dianiaya mereka yang memerlukan.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: TAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!