Cikgu buat ‘c0ntent’ TikTok, akui bahagia ajar budak pandai… Syed Saddiq pula tegvr jangan perl3keh pelajar ‘kelas belakang’
Belum reda isu guru aktif membuat rakaman video atau siaran langsung (live) ketika di dalam kelas, muncul seorang lagi warga pendidik mengundang kem4rahan ramai dengan content di TikTok.
Menerusi rakaman berdurasi tujuh saat itu, guru wanita berkenaan yang sedang duduk kelihatan berulang kali memandang ke arah kamera dan sesekali menghadap ke hadapan kelas.
Rakaman itu dipercayai dibuat di dalam kelas di sebuah sekolah sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Namun, persoalan yang timbulkan dalam kalangan netizen adalah tentang keterangan yang ditulis oleh guru berkenaan pada video tersebut.
“Bila kau dapat relief (jadi guru ganti) kelas depan, auto mood elok,” tulis guru wanita itu menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, dengan reaksi matanya menunjukkan keceriaan pada wajahnya.
Seorang pengguna Twitter yang berkongsi semula video tersebut mempertikaikan kewajaran guru itu meluahkan perasaannya berdasarkan kelas yang diajar.
Pada masa sama, dia turut mengkritik tindakan guru wanita tersebut yang membuat rakaman ketika sesi P&P.
“Ni salah satu contoh. Kalau dapat kelas belakang mood tak elok ke? Entah apa-apa entah,” tulisnya menerusi satu ciapan yang diulang kicau lebih 1,000 kali.
Untuk pemahaman, istilah ‘kelas belakang’ merujuk kepada kumpulan pelajar yang lemah daripada segi kemampuan akademik, tiada motivasi, mempunyai masalah dengan disiplin atau kelakuan.
Hasil semakan mendapati akaun TikTok guru berkenaan kemungkinan telah dinyahaktifkan susulan penularan video tersebut.
Rata-rata netizen turut menegur tindakan guru tersebut yang dianggap tidak profesional menjalankan tugas sebagai pendidik.
“Sangat tidak profesional.
“Jadi kita tahu la kan. Cikgu-cikgu memang tak suka dan tak akan suka dengan budak kelas belakang.
“Masih ada lagi ke kelas belakang depan ni? Masih ada pengasingan ke budak lemah budak pandai? Ingat kan dah lama tak ada,” antara komen netizen.
Syed Saddiq memberi respons berhubung video guru yang tular.
Sementara itu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut kesal dengan tindakan guru wanita di dalam video yang tular itu.
Janganlah perkecilkan pelajar kelas belakang.
Kita tahu zaman sekolah dulu memang ada yang nakal, tak kira kelas depan atau belakang.
Tapi janganlah sebab nakal kita perkecilkan mereka.
Asalkan masa belajar, hormat cikgu. https://t.co/XPOrQa4G7c
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 14, 2022
Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan meminta supaya golongan pendidik tidak memperlekehkan pelajar ‘kelas belakang’.
“Janganlah perkecilkan pelajar kelas belakang. Kita tahu zaman sekolah dulu memang ada yang nakal, tak kira kelas depan atau belakang.
Kita tahu zaman sekolah dulu memang ada yang nakal… tapi janganlah sebab nakal kita perkecilkan mereka.
“Tapi janganlah sebab nakal kita perkecilkan mereka. Asalkan masa belajar, hormat cikgu,” tulis Syed Saddiq di laman Twitter beliau pada Khamis.
Terdahulu, kecoh mengenai seorang guru wanita menerima kecaman gara-gara bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok ketika sedang mengajar murid-murid di dalam kelas.
Etika penggunaan media sosial oleh pegawai awam.
Susulan itu unit Komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi akaun Twitter @DRJComms (Radzi Jidin Comms) turut meninggalkan komen berhubung kes tersebut.
“Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat atau melalui peralatan peribadi.
“Ruangan komen, bukan murid yang tonton. Pekerja oil and gas pun ada. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan siasat,” tulis pengendali akaun Twitter itu.
Dalam komen sama, pengendali Twitter @DRJComms turut memuat naik dua tangkap layar mengenai Etika Penggunaan Media Sosial oleh Pegawai Awam serta Peraturan dan Perundangan yang terkait dengan hal itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: mStar