Walau Digari Tapi Masih Bisa Tersenyum, Gadis Palestin Tak Gentar, L4wan Isr4el Guna Semangat

Ketegangan yang berlaku antara Israel dan Palestin sejak beberapa hari lalu menjadi perhatian utama bagi pengguna media sosial hampir seluruh dunia.

Berdasarkan laporan media tempatan, ratusan rakyat Palestin cedera dalam pertempuran selepas rejim Zionis menyerbu beberapa lokasi di sekitar wilayah timur Baitulmaqdis.

Berikutan serangan tersebut, pelbagai video tular di media sosial menyaksikan kekejaman yahudi yang menyeksa fizikal dan emosi rakyat Palestin ketika umat Islam sedang berpuasa.

Walau bagaimanapun, terdapat satu video berjaya mencuri tumpuan warganet yang memaparkan seorang gadis Palestin telah ditangkap dan dikawal oleh tentara Israel.

Terus tersenyum walaupun digari…

Memetik laporan Quora News, gadis tersebut yang dikenali sebagai Mariam Afifi itu tidak gentar berhadapan dengan rejim Zionis apabila dipukul dengan kejam, malah hijabnya ditarik sebelum ditangkap untuk disoal siasat.

Ketika tangannya digari, dia yang juga pemain muzik Cello itu sempat melemparkan senyuman sebaik sahaja menyedari dirinya dirakam oleh orang awam.

Difahamkan, dia ditangkap kerana membela keluarga Palestin dengan meminta supaya tidak diusir dari rumah mereka di kawasan penempatan Sheikh Jarrah. Namun dipercayai Mariam telah dibebaskan semalam.

Usir penduduk2 Palestin keluar dari rumah

Posting rakaman video itu sekali gus dibanjiri komen warganet dari serata negara yang memuji keberanian gadis berkenaan dalam melawan puak tersebut atas dasar semangat, tanpa sebarang senjata seperti digunakan oleh tentera Israel.

Sumber: Quora News , Twitter

Leave a Comment

error: Content is protected !!