Siapa sangka, gadis cantik minat tunggang motosikal ini sebenarnya lelaki berusia 50 tahun

Netizen tertipu, wajah gadis cantik tunggang motosikal sebenarnya lelaki berusia 50 tahun

Wajah yang menawan sudah tentu banyak menarik tumpuan setiap mata yang memandang. Indahnya ciptaan Tuhan bukan?

Namun kita juga perlu hati-hati sebenarnya, risau ditipu pula seperti apa yang berlaku baru-baru ini Jepun.

Seorang penunggang motosikal wanita telah tular dan menjadi sensasi internet apabila dia sebenarnya seorang lelaki berusia 50 tahun.

Wajah lelaki yang berpangkat pak cik itu kelihatan seperti wanita cantik ekoran daripada kesan suntingan daripada aplikasi FaceApp.


Lelaki tersebut yang menggunakan nama akaun @azusagakuyuki di Twitter setakat ini telah pun menerima lebih 17,000 pengikut!

Dia kerap dilihat menunggang dan bergaya di hadapan pelbgagai jenis motosikal. Tembelang lelaki tersebut akhirnya pecah apabila netizen berjaya melihat pantulan imej sebenarnya di cermin.

Mengejutkan apabila dia sebenarnya tidak kelihatan seperti wanita cantik berusia 20-an langsung, sebaliknya kelihatan seperti pak cik-pak cik sahaja!

Oleh kerana ramai yang berasa ingin tahu, penerbit sebuah rancangan realiti di Jepun mengesan Azusa dan berjaya menemukannya secara peribadi.

Sebaik sahaja helmetnya dibuka, jelas kelihatan susuk tubuh seorang lelaki berusia 50-an! Apabila ditanya bagaimana fotonya kelihatan seperti gadis, jelas Azusa, FaceApp adalah jawapannya.

Dedahnya, dia berbuat demikian kerana mahu berkongsi minat terhadap motosikal namun dia sedar tiada siapa yang berminat untuk mengetahui kisah seorang lelaki berusia.

Jadi atas sebab itulah, dia memutuskan untuk mentransformasikan dirinya menjadi seorang gadis cantik menggunakan aplikasi agar dapat menarik minat netizen.

Macam-macamlah..

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!