Disangka minta sedekah buat ramai yang hulur duit, tapi reaksi si comel ini pula buat nitizen terhibur
Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sangat comel. Majoriti manusia menjadikan kucing sebagai peneman hidup kerana kecomelan kucing boleh membantu dalam menghilangkan segala tekanan di tempat kerja mahupun di sekolah.
Namun begitu, kebanyakan kucing lebih cenderung untuk dikurung di dalam rumah kerana kucing sukar untuk mengadaptasi suasana persekitaran luar yang baharu. Kucing akan menunjukkan ketakutan sekiranya terdengar bunyi kereta lalu-lalang dan kucing juga perlu sentiasa diikat bagi mengelakkan kucing melarikan diri.
Namun di Thailand, ada seekor kucing comel yang tular bukan sahaja kerana memiliki bentuk badan gempal dan berwajah comel, tetapi kerana kucing ini begitu jinak serta sentiasa mengikut tuannya ke mana sahaja tanpa perlu diikat.
Pada suatu hari, pemilik kucing ini telah membawa kucing kesayangannya keluar makan di kedai. Setibanya di kedai makan tersebut, tuannya mengeluarkan si comel itu daripada begnya dan menariknya, kucing ini hanya duduk diam-diam di tepi jalan. Orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu kemudian bertindak menghulurkan duit dan meletakkannya di dalam beg tersebut.
“Saya tidak menyangka beg kucing ini membuatkan orang ramai beranggapan ia sebagai bekas untuk meminta sedekah”
Lebih melucukan adalah apabila anda melihat reaksi yang ditunjukkan oleh si comel ini setelah mengetahui orang ramai menganggapnya sedang meminta sedekah. Kucing ini nampak marah dan tidak sabar untuk menunggu tuannya menghabiskan makanan supaya mereka boleh pulang ke rumah dalam kadar segera.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.