Tanah Merah: “Selama 30 tahun saya hanya mampu bergerak dengan merangkak, walaubagaimana pun, saya anggap kekurangan ini adalah satu ‘keistimewaan’ untuk saya untuk lebih menghargai kehidupan ini dalam dunia,” luah Norazlinda Deraman, 30.
Ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia lapan tahun itu terpaksa merangkak kerana kedua-kedua kakinya lumpuh sejak dilahirkan.
Norazlinda mengakui dia banyak menghabiskan masa berada di rumah kerana pergerakannya yang terbatas, selain juga dia tidak pernah bekerja dan berhenti sekolah ketika tahun satu disebabkan tidak tahan diejek oleh rakan-rakannya dalam sekolah.
“Sejujurnya, saya tiada keyakinan diri dan lebih selesa berada di rumah menghabiskan masa bersama anak, Nur Amalina Mohd Faizal, yang berusia lapan tahun. Jika ada sebarang majlis di sekolah anak juga, ibu atau kakak yang pergi mewakili saya.
“Saya bersyukur kerana dapat menumpang kasih dan berteduh di rumah ibu, Che Hasnah Awang, 61, selepas bercerai dengan suami pada tahun 2016, tidak cukup dengan itu, ibu turut menyediakan dapur asing yang memudahkan saya untuk memasak sendiri.
“Disebabkan saya hanya mampu merangkak, ada sahaja rasa s4kit dan lenguh di bahagian lengan serta seluruh badan mungkin kerana terpaksa menampung badan setiap kali bergerak,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan wakil Yayaysan Raja Shamri (YRS) di rumahnya di Kampung Padang Kijang, di sini, baru-baru ini.
LIHAT VIDEO DIBAWAH:
Ketika kunjungan itu, wakil YRS, Tuan Zaimah Raja Omar menyampaikan sumbangan kewangan, pek makanan, telekung dan memberi kata-kata semangat kepada Norazlinda.
Norazlinda berkata, sebelum ini dia hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain menumpang rezeki ibunya untuk makan dan minum di rumah.
“Setiap bulan, saya akan menabung sebanyak RM50 sebulan, sebagai simpanan kecemasan jika anak sakit atau demam. Saya cukup bersyukur kerana anak memahami kekurangan yang ada pada saya dan tidak pernah sesekali merungut malah banyak membantu memudahkan kerja saya di rumah.
“Besar harapan saya untuk pastikan Nur Amalina belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang berjaya agar dapat membantu mengubah kehidupan kami sekeluarga dan paling penting supaya dia tidak perlu lagi hidup dalam kedaifan.
“Tak banyak yang saya tahu mengenai dunia luar, malah tidak pernah sekali pun saya keluar dari negeri Kelantan tapi bernasib baik kerana ada kemudahan Internet di telefon yang membolehkan saya tahu mengenai isu semasa,” katanya yang juga menghidap penyakit asma.
Anak ketiga daripada empat adik beradik itu berkata, dia hanya keluar ke klinik berdekatan untuk mendapat ubat dan terpaksa membiasakan diri dengan pandangan orang ramai yang memandang fizikalnya itu.
Semoga dengan paparan ini ada insan yang baik hati akan membantu keluarga ini.
sumber: hmetro
PERHATIAN: Pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang k0men anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.