Kemalangan melibatkan sebuah trak dan lori yang membawa muatan kayu balak disifatkan seperti filem ‘Final Destination’ kerana hampir mengorbankan nyawa pemandu kereta berkenaan dalam keadaan yang ngeri.
Menerusi video yang tular di laman TikTok, muatan kayu balak dari lori dilihat menusuk masuk ke dalam cermin depan trak sehingga menembusi tempat duduk pemandu.
Mangsa dikatakan sangat bertuah apabila terselamat kerana jarak di antara pemandu dan kayu balak berkenaan begitu hampir. Ianya boleh membidas bahagian wajah mangsa jika kedudukan kayu berubah sedikit ke hadapan.
Video berkenaan telah meraih hampir empat juta tontonan dalam tempoh tiga hari dimuatnaik selain dibajiri dengan ratusan komen dan ulang kicau oleh warganet yang ngeri melihat insiden tersebut.
Rata-ratanya berkata mereka tidak akan memandu lagi di belakang lori yang membawa muatan berat kerana bimbang sekiranya kejadian seperti ini berulang semula.
Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan nahas dari luar negara itu berlaku di mana.
Sumber: ladbible.com via siakapkeli