Tular satu video di Indonesia memaparkan seorang lelaki telah digari dan ditahan polis selepas didakwa mencuri seekor kambing.
Menerusi laporan Tribun Medan, semasa soal siasat dilakukan, individu terbabit menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu bahawa dia sebenarnya cuma mahu mencuri tali yang diikat pada kambing itu sahaja dan tidak berniat untuk mencuri haiwan tersebut. Lebih melucukan apabila individu mendakwa dia hanya sedar kewujudan kambing tersebut setelah menarik tali sepanjang tiga meter itu.
“Saya cuma nak curi tali, tapi talinya ada kambing. Tapi saya tak tahu kalau ada kambing yang diikat pada hujung tali itu.”
Meskipun pihak polis mendakwa lelaki itu disyaki bersalah kerana mencuri kambing, tetapi dia tetap menafikan malah dia berkali-kali menegaskan bahawa dia bukannya mahu mencuri kambing sebaliknya hanya mencuri tali. Menurut sumber, lelaki itu telah dibawa ke balai polis untuk siasatan selanjutnya.
Sumber:oh bulan
video: