(video) “‘Salute’ anak muda ni..” Lihat Lelaki Warga Emas Tak Berkasut, Lelaki Ini Sanggup Beri Selipar Yang Dipakainya

Jika melakukan kebaikan kepada orang lain dan memberikan senyuman buat mereka yang dibantu.Semua sedia maklum jika kita melakukan kebaikan, sudah pasti ada ganjaran yang diberikan oleh Tuhan untuk kita di lain masa. Walaupun amal kebaikan kita tidak dilihat orang lain, namun pahala atas kebaikan yang dilakukan sudah tentu dihitung.

Dalam perkongsian tersebut juga, pengguna TikTok sempat menulis andai ada yang berjumpa dengan lelaki ini, harap dapat ‘salute’ kebaikan yang dilakukan itu.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @judedina_ apabila memuat naik satu video seorang lelaki yang membantu seorang warga emas yang berjalan tanpa memakai selipar di kakinya.

Dapat dilihat yang lelaki bermotor tersebut hanya berstokin sahaja ketika menunggang motosikal selepas memberikan seliparnya kepada warga emas terbabit.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan spontan lelaki berkenaan dan mendoakan agar urusannya dipermudah memandangkan dia dengan senang hati memberikan hartanya kepada orang lain.

Dapat dilihat juga yang posting berkenaan telah ditonton lebih daripada 800,000 viewers hanya dalam masa 5 jam selepas dikongsikan oleh @judedina_.

Sumber: TikTok @judedina_ via ohmymedia

 

Leave a Comment

error: Content is protected !!