[VIDEO] Kec0h keldai ketawa berdekah selepas nampak Anjing lari lintang pukang terkena kejutan elektrik

Salah satu perkara β€˜wajib’ dalam persahabatan adalah kita akan mentertawakan rakan kita terlebih dahulu apabila mereka memalukan diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada mereka.

Nampaknya perkara itu bukan sahaja benar dalam persahabatan manusia tetapi juga dalam dunia haiwan seperti yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular ini.

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh pengguna nashrose18, seorang wanita membawa anjingnya ke ladang kuda di mana mereka bertemu dengan 2 ekor keldai dan seekor kuda di tepi pagar elektrik.

Pagar elektrik dipasang di keliling ladang tersebut untuk menghalang haiwan di dalam ladang dari melepaskan diri.

Namun salah seekor anjing itu kemudian kelihatan ingin tahu dan menghidu pagar tersebut sehingga hidungnya terkena kejutan elektrik. Akibatnya anjing tersebut melompat terkejut sehingga dia terlepas dari tali tuntun dan melarikan diri.

Sebaik melihat reaksi anjing berkenaan, kuda dan salah seekor dari keldai berkenaan turut beredar kerana terkejut dengan salakan kuat anjing itu, tetapi keldai yang berwarna putih tunggu di tempatnya hanya untuk mentertawakan anjing tersebut.

Pemilik anjing berkenaan mengatakan anjingnya bernama Izzy itu tidak apa-apa, sementara ramai yang geli hati dengan gelagat lucu kedua-dua haiwan tersebut.

β€œYang lain semua pergi tapi dia boleh tunggu untuk ketawa…”

β€œTak pernah dengar keldai ketawa…”

β€œAnjing tu kena kejutan elektrik dan terus bertukar jadi flash…”

https://twitter.com/nbrxdrigues/status/1389947160125349891?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1389947160125349891%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F05%2F06%2Fanjing-lari-lintang-pukang-terkena-kejutan-elektrik-buat-keldai-ketawa-berdekah%2F

Sumber : himpunanceritalawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!