“Saya Takut Orang Geli Dan Jijik” – Ustaz Kazim Terpaksa Pakai Topi Macam ‘ninja’ Dipercayai Kesan Sihir K4tak Puru

Datuk Mohd Kazim Elias, Adalah merupakan seorang penceramah bebas/selebriti yang terkenal di Malaysia. Beliau yang dipanggil mesra sebagai Ustaz Kazim, baru-baru ini telah menunjukkan satu penampilan baru dirinya. 

Ustaz Kazim Pakai Penutup Muka & Topi Macam ‘ninja’ 

Dalam beberapa majlis ilmu yang dihadiri, beliau dilihat menutup sebahagian besar wajahnya dan memakai topi. Hanya mata beliau sahaja yang kelihatan.

ust kazim elias

Menurut beliau dalam satu siaran secara live, tujuan menutup wajahnya adalah untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Bukan itu sahaja,  beliau  juga dibekalkan dengan bermacam-macam jenis krim untuk melindungi kulitnya daripada pihak doktor beliau. 

“Jadi untuk jaga muka saya, seluruh tubuh saya, maka buat sementara waktu ini saya jaga dulu betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu.

“Sekarang kalau tuan puan perhatikan muka saya nampak perubahan yang sangat jelas berbanding beberapa bulan yang lepas.

“Jadi, saya sedaya upaya mudah-mudahan agar Allah izinkan kulit dan wajah saya kembali elok dan saya kembali sihat, dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya.

ust kazim elias

“Saya Takut Orang Geli Dan Jijik” – Ust Kazim

Selain itu,  tujuan beliau menutup sebahagian wajahnya adalah kerana malu dan takut orang ramai yang menghadiri ceramahnya geli & jijik melihat muka beliau disebabkan kesan-kesan luka.

“Saya takut orang geli dan jijik. Apabila pakai macam itu, tak adalah malu sangat,” katanya.

Sebelum ini (Mei 2022), pernah tular satu gambar yang memaparkan tangan Ustaz Kazim, yang dipercayai terkena sihir katak puru. Beliau telah berikhtiar dengan berjumpa tujuh doktor dan menjalani pelbagai rawatan moden serta tradisional namun belum diberi kesembuhan.

Beliau turut memaklumkan sudah tidak tahu hendak berubat di mana dan memohon pihak yang mempunyai kemahiran mengubati sihir katak puru untuk membantunya.

ust kazim elias

Sama-sama kita doakan agar Ustaz Kazim segera diberi kesembuhan dan dilindungi daripada segala perbuatan jahat manusia. Semoga beliau diberi ketabahan dalam menjalani ujian ini. 

BACA JUGA: Sedihnya! ‘Wanita Silver’ Ini Cekal Mencari Rezeki, Walaupun Sarat Meng4ndung

Sumber: Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!