TMJ Menitahkan Segera Wujudkan Rumah Gelandangan Bagi Mengekang Penul4ran COV1D-19

TMJ Menitahkan Segera Wujudkan Rumah Gelandangan Bagi Mengekang Penul4ran COV1D-19

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menitahkan agar diwujudkan segera rumah gelandangan sementara bagi mengekang penularan COV1D-19 dalam golongan itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini, Tunku Ismail bertitah, dalam keadaan pandemik COVID-19 kini, mereka yang hidup gelandangan adalah antara golongan paling terded4h kepada jangkitan virus itu kerana mereka terpaksa tinggal di tepi jalan atau di tempat awam.

“Dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risik0 j4ngkit4n akan menurun dan mereka juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal. Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah,” titah baginda.

Selain itu, Tunku Ismail bertitah agar pembinaan pusat transit gelandangan di bandar raya itu dapat dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan dapat tempat tinggal yang lebih selesa selain dapat menerima bantuan dari segi makanan dan kesihatan.

Baru-baru ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kebangsaan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri Johor berhubung keperluan memberi vaksin kepada gelandangan di bandar raya itu sebagai antara langkah bagi mengelak penul4ran k3s COV1D-19 membabitkan golongan berkenaan. – BERNAMA

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!