Alahai, Seperti Merasai Kesedihan Tuannya, Tindakan Kuda Ini Menyebakkan Hati – Haiwan Pun Ada Rasa Simp4ti

Satu klip menyentuh hati yang telah tular di media sosial menunjukkan seekor kuda sedang menghiburkan seorang wanita yang sedih. Wanita tersebut dikenali sebagai Shania Hunnicutt, 26 tahun. Dia kini sedang belajar untuk menjadi jurulatih di pusat tersebut. 

Video pendek itu menunjukkan wanita itu sedang duduk di tangga sebuah bangsal. Semasa dia mengalirkan air mata, salah satu daripada haiwan berkaki empat itu mengelus kepalanya dan membenarkan dia bersandar pada bahunya. 

kuda

Baca: Alahai Comel Sungguh Gelagat Dua Orang Anak Istimewa Ni! – “Bila dua2 si gendut berjumpa kembar auto jadi kawan”

Kuda Sebagai Terapi Emosi

kuda

Dalam video tersebut, seekor kuda yang berusia empat tahun dan seekor lagi yang berusia dua tahun, nampaknya seperti memahami emosi Shania dan cuba memujuknya. 

Shania berkata: “Saya dalam proses perceraian dan akan berpindah pada hari itu. Saya sentiasa memasang kamera saya apabila saya berinteraksi dengan mereka untuk dijadikan sebagai kenangan. Saya kebetulan bersembunyi daripada emosi saya dan kuda saya (dikenali sebagai Shiner), boleh merasakan hal itu. 

“Dia merasakan kesakitan saya dan hanya menarik saya ke dalam dadanya untuk membiarkan saya menangis dan memujuk saya dengan menolak saya ke arahnya seperti ingin saya bersandar kepadanya”

Umumnya, kuda diketahui oleh berfungsi sebagai salah satu inisiatif terapi untuk membantu individu mengatasi kesedihan dan emosi yang lain. Kuda di pusat ini dilatih untuk membantu pesakit menjalani terapi yang berkaitan dengan emosi. 

kuda

“Shiner akan menjadi rakan kongsi saya dalam untuk membantu orang lain sembuh melalui kuda. Matlamat saya adalah untuk membantu menunjukkan kepada orang lain bahawa menunjukkan emosi adalah tanda kekuatan – bukan kelemahan.”

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!