Tahukah anda, wanita Malaysia pertama yang diterima masuk ke akademi tentera berprestij di Amerika Syarikat pada 2018 kembali mencipta sejarah.
Janushaa Bala Krishnan Muthiah telah membanggakan negara sekali lagi dengan menjadi wanita Malaysia pertama yang menamatkan pengajian dari Akademi Tentera Laut AS (USNA) di Annapolis, Maryland. Beliau berjaya menghabiskan empat tahun belajar dan berlatih menjadi pegawai tentera profesional.
Janushaa Dapat Inspirasi Daripada Datuknya
Ini membuktikan kemampuan wanita muda Malaysia yang mampu bersaing dalam bidang yang dipelopori lelaki. Menurut catatan Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), remaja berusia 23 tahun itu telah menjalani latihan bersama 1,085 pelatih dari AS dan 14 pelatih dari luar negara.
Pengijazahan kelas 2022 tersebut telah dirasmikan oleh Presiden AS Joe Biden dan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Tentera Laut AS serta duta dan penasihat pertahanan dari pelbagai negara.
“Semoga kejayaan pegawai kadet kanan Janushaa akan menarik lebih ramai belia khususnya wanita untuk mempertimbangkan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia amnya dan TLDM khususnya dan menjadikannya pilihan kerjaya pada masa hadapan.”
Kisah datuknya yg dulu pernah menerbangkan Helikopter Nuri di utara Malaysia pada 1980an ketika pemberontakan kedua berlaku menjadi inspirasi Janushaa untuk menyertai bidang ketenteraan. Janushaa adalah merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Tempuhi Pelbagai Cabaran Sebelum Terpilih
Janushaa pernah berkongsi kisah tentang proses temuduga yang dilaluinya sebelum terpilih,
“Terdapat banyak lapisan temuduga yang perlu kami lalui untuk disenarai pendek. Salah satunya adalah pengesanan kecergasan calon (CFA). Ketika CFA kami perlu melalui ujian fizikal seperi tekan tubi, berenang dan berlari.”
Difahamkan sebelum terbang ke Amerika Syarikat (2018) Janushaa terlebih dahulu merupakan seorang pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebelum terpilih ke luar negara.
Majlis tamat pengajian penuh gemilang disempurnakan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan dihadiri barisan kepimpinan tertinggi Tentera Laut Amerika bersama duta serta penasihat pertahanan dari pelbagai negara.
Kejayaannya turut mendapat ucapan tahniah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sumber:
- Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia
- Harian Metro
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.