Teruja Mat Kilau! Ebit Lew Buka Buah Silat, Tak Pasal-Pasal Brader Tu Tergolek. Terkejut Yang Melihat.

Teruja Mat Kilau! Ebit Lew Buka Buah Silat, Tak Pasal-Pasal Brader Tu Tergolek. Terkejut Yang Melihat.

Bukan sahaja pantas dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, Ebit Lew juga tidak terlepas menyaksikan filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu, Mat Kilau – Sebuah Kebangkitan yang berjaya ‘pecah panggung’ di Malaysia.

Tular sebuah klip video memaparkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew buka ‘buah silat’ selepas menonton filem Mat Kilau di pawagam.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya siang tadi, beliau sempat menunjukkan aksi beberapa gerakan silat dan berjaya mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Selain buka buah silat, Ebit lew turut sempat bergambar dengan poster filem tersebut yang dipaparkan dalam videonya.

Walaupun dalam berpakaian jubah, pendakwah itu sempat menunjukkan keterujaannya dengan ‘mengacah’ tarian silat sehingga ‘tergolek’ seorang lelaki bersamanya.

Rata-rata komen netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat ustaz Ebit Lew berkenaan.

Video tersebut telah mendapat lebih 42,000 tanda ‘Suka’ dan 662 komen semasa artikel ini ditulis.

“Kenapa saya rasa ustaz ni comel sangat,” tulis claudiappeter_.

“The Real Mat Kilau ! Standby keris ustaz,” komen adrianedy7.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!