Video – Alamak Kucing Tantrum Bila Ajak Balik Dari Petshop. Penuh Mainan Sini Mana Tak Jerit.

Video – Alamak Kucing Tantrum Bila Ajak Balik Dari Petshop. Penuh Mainan Sini Mana Tak Jerit.

Bukan saja mengamuk malah kucing itu juga dilihat merajuk dengan pemiliknya yang ingin membawanya pulang selepas dia berseronok di situ. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagatnya ini yang seakan-akan sama dengan gelagat kanak-kanak ketika dibawa ke kedai mainan.

Kadang-kadang telatah kucing boleh dikatakan sama dengan perangai kanak-kanak yang masih kecil. Sama seperti gelagat seekor kucing ini yang meng4muk gara-gara tidak mahu pulang selepas dibawa berjalan ke sebuah kedai haiwan.

Malah kucing itu turut membuat bunyi bising semasa pemiliknya memberitahu mereka perlu pulang ke rumah. Lebih melucukan, mereka siap berjanji akan membawa kucing itu datang semula ke kedai itu sebelum mengangkatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing itu dilihat terbaring di lantai sambil dipujuk oleh pemiliknya itu. Semasa pemiliknya memujuknya, kucing itu hanya terbaring di situ dan langsung tidak mahu bangun untuk bergerak pulang.

 

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat telatah kucing ini. Ada juga yang memberitahu mungkin juga kucing itu berasa bosan di rumah dan suka dibawa berjalan-jalan di kedai haiwan itu.

Pemiliknya juga turut menenangkan kucing itu yang kelihatan seperti merajuk dengan mereka gara-gara membawanya pulang. Melihatkan perangainya ini, ramai yang berseloroh ianya sama seperti gelagat kanak-kanak yang meng4muk di kedai mainan.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!