“Tengok macam mana saya jaga pemain, kalau saya boleh jaga pemain saya macam gini, kenapa awak semua tak boleh. Dia bukan soal duit, tetapi soal sokongan, bertanggungjawab.”Tunku Ismail
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bertanya kepada Tunku Ismail, adakah wang ringgit serta bonus lumayan yang ‘ditaburkan’ oleh JDT kepada para pemain ini menyebabkan mereka tidak begitu berminat memberi komitmen apabila dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan, dan adakalanya menolak mewakili negara.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menepis tanggapan bahawa keinginan ataupun semangat pemain-pemain tempatan untuk bermain dengan skuad kebangsaan menjadi kurang, apabila menyertai pasukan miliknya Johor Darul Takzim (JDT).
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam bertanya kepada Tunku Ismail, adakah wang ringgit serta bonus lumayan yang ‘ditaburkan’ oleh JDT kepada para pemain ini menyebabkan mereka tidak begitu berminat memberi komitmen apabila dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan, dan adakalanya menolak mewakili negara.
Menurut Tunku Ismail, itu adalah pandangan yang tidak rasional dan tidak masuk akal kerana semua pemain mahu untuk bermain dengan negara, tetapi untuk mendapatkan yang terbaik daripada mereka bergantung kepada cara jurulatih atau badan induk menjaga mereka.
“Jurulatih kena tahu macam mana nak jaga pemain, sama juga dengan badan induk. Bila bercakap tentang kejayaan sesebuah pasukan, semua orang kata taktikal kena bagus, jurulatih dan fasiliti kena bagus tetapi semua terlupa satu benda, sikap kemanusiaan, di mana sikap kemanusiaan?
“Tengok macam mana saya jaga pemain, kalau saya boleh jaga pemain saya macam gini, kenapa awak semua tak boleh. Dia bukan soal duit, tetapi soal sokongan, bertanggungjawab. Contohnya saya cakap kepada pemain saya, buat apa sahaja, yang penting buat yang terbaik.
“Apa-apa isu, saya ada bersama dengan kamu semua. Saya akan berdepan peluru tersebut. Itu cara saya dididik dari kecil, dalam askar dan seterusnya. Itu saya punya karakter. Untuk salahkan pemain JDT (tidak beri komitmen) memang senang, tapi itu pendapat berat sebelah dan tidak perlu ada.
“Kalau pasukan kebangsaan menang, takde pulak awak puji. Safawi Rasid skor 4 gol di AFF, Akhyar Rashid skor, Shahrul Saad skor, mana pemain lain, takde pulak awak semua salahkan mereka. Jadi itu tanggapan yang tidak masuk akal,” kata Tunku Ismail baru-baru ini dalam satu temuramah disiarkan saluran Astro Arena dan Cakap Sukan.
Sumber:LabolaMalaya