Video Cute – Ayah naik angin! Anak baru dimandikan tahu-tahu ada dalam sangkar. Mampuih anak kucing tuh kang.

Video Cute – Ayah naik angin! Anak baru dimandikan tahu-tahu ada dalam sangkar. Mampuih anak kucing tuh kang.

Walaupun sudah diletakkan di dalam sangkar tetapi bila dah suka bermain dengan kucing-kucing itu, pelbagai alasan diberikan untuk bermain dengan kucing-kucing itu walaupun sudah ditegah oleh ibu bapa masing-masing.

Umum mengetahui bahawa kanak-kanak sangat suka bermain bersama kucing. Bukan sahaja bermain tetapi bahkan ada juga kanak-kanak yang sampaikan tidur pun bersama-sama kucing kesayangan mereka.

Setelah disedari oleh ayahnya itu, Walaupun telah dimarahi oleh ayahnya tetapi sempat lagi menjawab tak nak dengan mimik muka yang comel. Sempat lagi bermain dengan anak-anak kucing walaupun sudah dimandikan. Siap menjawab lagi “tak nak” keluar tu. Lawak la kamu ni dik.

Perkara sama yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan comel yang bernama Nor Arisya Farhana, walaupun sudah dimandikan oleh ayahnya tetapi sempat lagi adik Arisya itu pergi bermain-main dengan anak kucing dalam sangkar kucing.

Video:

Menjengah ke ruangan komen pula ramai yang geli hati melihat telatah adik Nor Arisya Farhana yang sempat lagi melawat kucing-kucing walaupon dah mandi. Bukan itu sahaja tetapi ramai yang memuji kecomelan adik Arisya juga.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!