NASA rakam suasana yang mengagumkan dari angkasa lepas ketika berlakunya ribut petir di Malaysia

NASA berjaya rakam suasana yang mengagumkan dari angkasa lepas ketika berlakunya ribut petir di Malaysia

Pernah anda bayangkan suasana di angkasa lepas? Dengan ribuan bintang dan pelbagai planet serta bermacam objek angkasa lepas.

Tidak hanya itu, kita juga boleh melihat ke arah bumi dari arah yang paling tinggi. Namun, hanya orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkan pengalaman seperti itu contohnya mereka yang bekerja dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Baru-baru ini NASA dikatakan telah berjaya merakam suasana di Malaysia dari angkasa lepas ketika berlakunya ribut petir.

Melihat pada gambar yang dimuat naik ke internet membuatkan ramai yang kagum, seolah-olah tidak percaya kerana suasana ketika itu begitu menakjubkan.

Mana tidaknya, suasana yang dirakam memperlihatkan Malaysia saat itu dalam keadaan bercahaya dan terang benderang.

Sungguh, itu adalah antara pemandangan yang cukup luar biasa!

#Kurang 30 Tahun Lagi, Bandar-Bandar Utama Di Malaysia Diramal Ditenggelami Laut

Ekoran pemanasan global yang semakin membimbangkan, para saintis bimbang akan berlakunya insiden di mana bandar-bandar utama dunia bakal ditenggelami lautan.

Berdasarkan data terbaru daripada Polar Portal, ais Greenland sudah kehilangan air sebanyak 4700 bilion tan dalam tempoh 20 tahun ini.

Jumlah itu sudah cukup untuk menenggelamkan negara Amerika Syarikat (AS) sedama 0.5 meter.

Paras air laut yang makin meningkat ini amat membimbangkan kerana 6 juta penduduk dunia akan terdedah dengan banjir bagi setiap kenaikan sentimeter.

Mengaitkan isu global ini dengan Malaysia pula, dijangkakan bahawa kurang dalam tempoh 30 tahun lagi, beberapa bandar utama di Malaysia juga turut akan hilang dari peta kerana ditenggelami laut.

Berdasarkan kepada data Climate Central, dijangkakan pada tahun 2050 nanti bandar-bandar di beberapa negeri seperti Alor Setar, Kedah bakal menjadi sebuah pulau.

Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping pula langsung tidak akan kelihatan lagi, Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor bakal lenyap, Port Klang akan tenggelam, Shah Alam menggecil dan KLIA pula bertempat di sebelah pantai.

Bahkan Lebuhraya Utara-Selatan juga turut akan tenggelam. Begitu juga dengan Bandar Muar, Johor dan Pekan, Pahang juga dijangka akan tenggelam menjelang 2050 nanti.

Dalam tempoh 40 tahun ini sahaja saintis menganggarkan sudah lebih daripada 1 juta kaki ais telah pun mencair disebabkan oleh pembebasan karbon dioksida yang terhasil daripada kenderaan.

Saintis itu juga membuat kiraan dengan menganggarkan, jika penduduk Bumi melepaskan 1,000 bilion tan metrik karbon dioksida ke udara, mereka meramalkan ais di Artik akan hilang sepenuhnya sekitar 29 tahun lagi.

Saintis bimbang, keadaan ini akan menyebabkan peningkatan air laut yang tidak dapat dibendung sekaligus berlakunya krisis kekurangan makanan akibat kerosakan tanah tanaman, perladangan dan lain-lain.

Sumber: Climate Central

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!