“Harta paling berharga adalah sedekah..” – Amalan sedekah ingatkan Shuib, tak pandang harta dunia

Amalan sedekah ingatkan Shuib, tak pandang harta dunia

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dikurniakan kesenangan duniawi sebenarnya juga merupakan ujian buat hamba-Nya sama seperti mereka yang dilanda kesusahan.

“Bersedekah ini salah satu perihal yang dituntut dalam agama Islam. Tapi, dalam bersedekah ini, Allah juga menguji keyakinan kita dalam mengamalkannya.

“Andai kata, kalaulah kita ini dikurniakan keyakinan yang bulat dengan hebatnya amalan bersedekah, insya-Allah itulah saat di mana kita akan rasa seronok bersedekah,” katanya.

Ujar pengasas jenama minuman Bubblebee itu lagi, Allahyarham Siti Sarah merupakan individu yang banyak mengajarnya tentang fadhilat bersedekah.

“Kita takkan rasa macam rugi. Kita takkan rasa takut-takut untuk bersedekah, insya-Allah sebab saya juga telah dikurniakan seorang isteri yang cukup hebat dan luar biasa (Allahyarham).


“Dia selalu bagi saya teladan kebaikan bersedekah. Dia juga yang meyakinkan saya dengan amalan bersedekah.

“Kena yakin 100 peratus bersedekah tidak akan merugikan kita. Juga akan mendidik kita menjadi seseorang yang tidak terlalu memandang harta dunia,” ujarnya.

Shuib, 38, turut mengingatkan bahawa segala bentuk kemewahan di dunia ini hanya bersifat sementara dan boleh hilang dalam sekelip mata.

“Apa yang ada di dunia ini semua adalah pinjaman. Kita saja rasa semua kita punya. Itu yang kadang-kadang kita rasa takut nak memberi, bersedekah dan sebagainya.

“Kalau Allah nak ambil, Dia boleh ambil macam itu sahaja. Insya-Allah, sesiapa sahaja yang amalkan sedekah setiap pagi, usai solat Subuh, Dia berjanji akan luaskan rezeki termasuk berikan kesenangan dunia akhirat kepada hamba-Nya,” ungkapnya lagi.

Terdahulu, Shuib mencuri perhatian khalayak dalam media sosial apabila tular sebuah video dirinya memberi sejumlah wang kepada seorang lelaki yang ditimpa ujian keretanya mati di tengah jalan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!