Campur Susu Boleh Terus Minum Untuk Berbuka
Memang susu kurma ni ada dijual di pasaran, namun lebih jimat bila kita buat sendiri pati kurma di rumah. Malah lebih terjamin kebersihannya, dan boleh dikawal kadar kemanisan yang kita mahukan.
Minuman susu kurma sangat berkhasiat untuk dinikmati ketika waktu sahur sewaktu bulan puasa. Nutrisinya yang lengkap, sudah cukup untuk kita kenyang sehingga masuk waktu berbuka.Nak buat cukup mudah, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nadiah Latfi ini.
“Stok pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu dan ready untuk minum. Minum ni je pon dah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.”
Bahan Diperlukan:
Kurma
Cara Membuat:
1. Buang biji dan basuh kurma.
2. Stim dalam 20 minit.
3. Blend sampai hancur.
4. Simpan dalam bekas dan boleh letak dalam fridge.
5. Campurkan 2 sudu pati kurma dan susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc.
Siap! Selamat Mencuba.
Jadi buat mak-mak yang nak buat susu kurma sendiri di rumah untuk menu sahur yang ringkas tapi mengenyangkan boleh cuba cara yang dikongsikan ini.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Nadiah Latfi
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit