(VIDEO) Solat Tarawih 8 Jam Sehari, Satu Rakaat Satu Juzuk. Sudah Menjadi Tradisi Tahunan Setiap Kali Ramadan

Sudah Menjadi Tradisi Tahunan Setiap Kali Ramadan Pelajar Melaksanakan Solat Tarawih 8 Jam Sehari, Satu Rakaat Satu Juzuk

JAWA TIMUR: Sebuah sekolah di Magetan menjadi tular dalam media sosial selepas penghuninya melaksanakan solat tarawih selama lapan jam setiap malam.

Lapor detik.com, Jabatan Perhubungan Awam Pondok Pesantren Al-Fatah di Desa Temboro, Eko Mahmudi memberitahu, sudah menjadi tradisi tahunan setiap kali Ramadan pelajar di sekolah itu akan melaksanakan ibadah tarawih dengan menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran.

“Solat tarawih akan dilaksanakan selepas solat isyak pada pukul 7 malam dan selesai pukul 3 pagi. Selepas itu, pelajar akan terus bersahur.

“Solat selama lapan jam akan lengkap dibaca 30 juzuk al-Quran,” katanya.

Menurut Eko, sekolah yang mempunyai 17,000 pelajar itu membahagikan solat tarawih kepada beberapa kumpulan.

Katanya, terdapat kumpulan yang akan membaca 10 dan 20 juzuk al-Quran, yang disertai lebih ramai pelajar kerana imam dibenarkan melihat al-Quran ketika solat.

Bagi 30 juzuk hanya disertai beberapa pelajar sahaja kerana syaratnya imam dan makmum mesti sudah menghafal al-Quran.

“Setiap kumpulan mempunyai seramai enam imam pada setiap malam. Mereka akan membaca 30 juzuk al-Quran sepanjang 20 rakaat solat tarawih.

“Ini bermakna setiap imam akan bergilir-gilir membaca lima juzuk al-Quran,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: utusan / detik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!