Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat
Pengacara, pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu yang dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh.
Menurut Nabil, solat 17 rakaat itu dilakukan bagi menggantikan 17 rakaat dalam solat lima waktu yang pernah ditinggalkan dahulu.
“Saya pernah memberitahu Ustaz Wadi yang saya qada solat yang pernah saya tinggalkan dahulu. Saya tunaikan sebanyak 17 rakaat kerana sehari kita wajib solat sebanyak 17 rakaat.
“Jadi, setiap hari, saya akan bangun tidur seawal 3.30 pagi untuk menunaikan solat Qada berkenaan.
Begitupun, ustaz nasihatkan saya untuk tidak terus menerus begitu, sebab takut sekarang saya bersungguh tetapi bila dah penat saya akan tinggal.
“Dia juga nasihatkan saya untuk buat sikit demi sikit tetapi istiqamah. Namun, untuk beristiqamah itu merupakan satu perkara yang paling susah nak capai. Hal ini kerana, ada individu yang pada awalnya semangat, tetapi kemudian tinggal.
“Pengakhiran begitu yang saya tidak mahu… Sebab kita tidak tahu sampai bila umur kita dan Allah akan jemput kita dalam keadaan yang bagaimana,” katanya.
Disebabkan mahu terus istiqamah, Nabil berkata, dia selalu berdoa agar dia sentiasa mendekatkan diri dengan orang berilmu.
“Memang ketika kita menghadiri majlis ilmu atau ‘keluar’, kita yakin, tapi risau bila balik rumah saja, semuanya goyah,” katanya.
sambil memberitahu mahu merancang untuk menghadiri ilmu di Bangladesh, India dan Pakistan.
Mungkin ramai yang mengatakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya terlalu drastik. Tidak kurang juga yang melabelkan Nabil berbuat demikian hanya untuk mengikut jejak orang lain dan bersifat sementara.
Bagi Nabil, dia tidak kisah dengan mulut-mulut yang berkata sedemikian asalkan dia tahu apa yang sedang dikerjakan.
“Saya sendiri pun tidak sangka sebenarnya. Apa yang boleh dikatakan, saya lebih tenang dengan apa jua yang saya lakukan ketika ini.
“Saya buat untuk diri sendiri sahaja. Terpulang kepada mana-mana pihak untuk terima atau sebaliknya. Hidayah Allah milik semua,” tuturnya.
Jelas Nabil, penghijrahan yang berlaku ke atas dirinya kini diterima baik keluarga, isteri, rakan-rakan terdekat dan beberapa pihak yang terlibat dengan kerjaya serta perniagaannya.
Menurutnya lagi, segala ilmu yang ditimba dan dipelajari sewaktu menyertai jemaah tabligh membuatkan dirinya lebih menghargai dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan.
“Apabila Allah berkehendak, semua perkara akan jadi. Tak kisahlah siapa pun kita di mata-Nya.
“Jujur, nak istiqamah dalam melakukan kebaikan memang susah. Kena minta tolong dan sentiasa mendampingi orang yang baik-baik dan boleh membawa kita ke jalan kebaikan,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Diolah dari g3mpak / kosmo!