Sebelum Pergi Rehat, Pelajar Ini Tunaikan Solat Dhuha
Satu video yang memaparkan seorang pelajar sedang menunaikan solat dhuha pada waktu rehat telah berjaya menarik perhatian warganet apabila dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram yang dipercayai merupakan seorang guru pelajar tersebut.
“Dah lama perhati , sebelum ke kantin beliau turun dulu ke surau untuk menunaikan solat sunat dhuha. Moga anak ini istiqamah dan berjaya dunia akhirat #solatdhuha #cikgupj” – tulisnya sebagai caption video yang dimuatnaik.
Ini menunjukkan amalan yang baik oleh seorang pelajar dan perlu dijadikan contoh kepada murid lain.
Berikutan video tersebut, ramai pengguna Instagram yang lain turut meninggalkan komen positif.
“Kamu anak yg hebat… Didikan yg kamu dpt juga begitu hebat.. Moga kamu berjaya suatu hari nanti❤️”
“Masyaallah. Tahniah pd ibubapa yg amanah. Takut dipertanggungjawabkan di depan Allah. Semoga Allah pelihara anak ini dan ibubapanya. Moga bersama seiring ke syurga Allah❤️”
“Semoga Allah tetap pegang ht mu dijalan Nya dik.. pakcik doakan semua yg terbaik buat dirimu didunia Dan akhirat walau siapapun kamu dik..”
“Subhanallah..semoga mnjd ank soleh cemerlang dunia akhirat dik❤️”
BACA JUGA: Budak Lelaki Jatuh Ke Kandang Gorilla, Pengakhirannya Menyedihk4n!
Lafaz Niat & Doa Selepas Solat Dhuha
Solat dhuha adalah merupakan solat yang ditunaikan pada waktu dhuha iaitu kira-kira selepas 20 minit terbit matahari sehingga sebelum menjelang waktu zuhur.
Cara menunaikan solat dhuha sama seperti mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Dimulai dengan lafaz niat dan diakhiri dengan salam selepas 2 rakaat. Solat sunat ini boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat.
Lafaz niat solat Dhuha adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Bacaan surah selepas Al Fatihah dalam solat Dhuha dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Syams pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.
Kita digalakkan untuk membaca doa khusu selepas mengerjakan solat ini. Doanya ialah:-
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun), Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) perlindunganNya.
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Sumber: Instagram
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.