Mendapat ‘panggilan’ untuk pergi ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji atau umrah adalah satu nikmat yang tiada taranya.
Pernah tak dengar, orang kata, kalau nak apa-apa boleh minta dekat depan Kaabah nanti Allah pasti kabulkan?
Begitulah yang diharapkan oleh seorang pemuda yang datang daripada Pakistan. Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Abu Hurairah Roslan.
Nak Cari Keajaiban, Allah Temukan Dengan Seorang Pemuda
Menurut perkongsian beliau, apabila sampai dekat Makkah & Madinah, beliau nak cari keajaiban. Hal ini kerana, sudah pasti banyak keajaiban yang boleh berlaku di bumi anbiya’ tersebut namun sama ada kita diberi kesempatan & rezeki untuk merasainya ataupun tidak sahaja.
“Bila sampai di bumi Mekah dan Madinah, satu sahaja yang saya nak cari. Saya nak cari keajaiban. Kerana, tanah ini adalah tanah suci. Ada rumah Allah. Ada rumah Rasulullah SAW.” – tulis beliau.
Pada waktu sedang menunggu waktu isyak, beliau di sapa oleh seorang pemuda secara tiba-tiba. Pemuda tersebut seperti mengenali bahawa beliau ada orang Malaysia dengan bertanyakan soalan, “Malaysia mana?”
Rupa-rupanya pemuda tersebut pernah tinggal di Malaysia selama lima tahun.
“Eh? Boleh cakap melayu. Steady ni. Mudah nak sembang. Saya kenalkan diri.
Dia kata namanya Mohi. Asal Pakistan. Pernah duduk Malaysia lima tahun kemudian balik sebelum PKP dan sangkut tak boleh masuk Malaysia dah.”
Tengah berbual-bual, beliau pun tanyalah macam mana Mohi ni boleh sampai dekat Madinah. Jawapan yang diberikan Mohi membuatkan beliau berasa sebak.
BACA JUGA: Pelajar Ini Tidak Tinggalkan Tunai Solat Dhuha Setiap Hari – S0lat Dhuha Petua Kejayaan
Datang Atas Permintaan Isteri, Nak Minta Doa Kepada Allah
Rupanya, pemuda tersebut datang ke tanah suci atas sebab permintaan isterinya. Isteri dan anaknya mengalami sakit yang teruk. Bermacam cara dah buat tapi masih begitu juga.
Disebabkan itu, isteri Mohi ni pun meminta agar pemuda tersebut pergi ke Makkah bagi memohon doa agar sakit anak dan isterinya disembuhkan.
“Isteri saya bagi duit semua. Simpan duit semua habis. Untuk saya datang. Cukuplah sampai juga. Tidur mana-mana. Makan apa saja” – ujar pemuda tersebut.
Hanya Bawa Satu Beg Kecil
Dikala orang ramai berpusu-pusu membawa beberapa bag untuk menyimpan barangan, pemuda ini hanya membawa satu beg kecil dan plastik untuk isi baju kotor sepanjang berada di sana.
Manakala, dalam poketnya pada ketika itu hanya ada roti kosong keras. Bahkan, dia masih sudi memberikan separuh rotinya kepada En. Abu Hurairah.
“Saya kunyah, menitis airmata. Kosong, tiada rasa tapi itulah teman yang mengenyangkan perut. Kemudian sambung ibadah. Saya tawar duit untuk bantu, dia tolak. Dia kata apa?”
“Saya cerita bukan bagi abang kasihan. Bukan. Saya nak minta abang doakan isteri dan anak saya boleh? Saya takut kalau dia nanti Allah ambil. Saya sayang dia. Saya sayang anak saya”
“Bila melihat mohi,saya merasakan Itulah kehebatan Tuhan yang maha agung. Dia menawarkan cintanya diatas seribu kepahitan. Itu kerana Dia mahu pastikan bahawa cinta hamba tetaplah padaNya walau diuji dengan segala macam bentuk ujian.
Dia menciptakan kesusahan itu sebagai satu cara untuk kita tetap merasa hamba. Dengan itu kita akan selalu merasa bertuhan. Tuhan seolah berkata, “jika benar kamu cintakan aku,maka bersiap sedialah untuk susah”.
Kalau memang kamu hamba yang setia,buktikanlah dengan kesanggupan kamu untuk bertarung dengan derita.
Maha besarnya Allah.
Itulah cara agar cinta itu dapat dipastikan benar bahawa ia bukan palsu. Hinggakan berhabis harta benda, demi mempercayai keajaiban yang ada pada rahmat dan berkat.
Sēlamata baraju’aga mōhī. Al’hā kahi”
Sumber: FACEBOOK
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.