“Setiap Kali Pelajar Bu4ng A1r Besar atau Kecil Akan Mendapat Upah”, Naj1s Ditukar Kepada Tenaga

“Setiap Kali Pelajar Bu4ng A1r Besar atau Kecil Akan Mendapat Upah”, Naj1s Ditukar Kepada Tenaga

Buang air besar atau kecil sering kali disinonimkan sebagai aktiviti yang menjijikkan. Namun, di sebuah universiti Korea Selatan ini pula, pelajar yang membuang air besar akan diberi upah atau ganjaran yang berpatutan.

Memetik laporan Reuters, seorang profesor kejuruteraan bandar dan alam sekitar di Ulsan National Institute of Science and Technology iaitu Cho Jae-weon telah berjaya mereka bentuk sebuah tandas mesra alam.

Toi 1

Difahamkan, tandas mesra alam yang dikenali sebagai tandas BeeVi itu sebenarnya bersambung dengan makmal khas yang akan menukarkan naj1s tadi menjadi biogas dalam sebuah tangki khas. Selain itu, naj1s itu juga akan diproses menjadi baja yang berguna untuk tanaman.

Dalam tangki tadi, mikroorganisma akan menukarkan bahan buangan tadi menjadi metana. Gas metana ini kemudiannya akan disalurkan ke bangunan universiti sebagai sumber tenaga.

Toi 2

Antara kegunaan gas tersebut juga ialah ianya juga boleh digunakan untuk menyalakan dapur gas. Jadi, setiap pelajar yang membuang air besar akan mendapat ganjaran sebab telah membantu menyalurkan tenaga kepada bangunan universiti mereka itu.

Pelajar-pelajar itu akan memperoleh mata wang secara online yang menggunakan konsep seperti e-wallet yang dikenali sebagai Ggool. Katanya, setiap individu boleh menggunakan ganjaran itu untuk berbelanja di kedai sekitar universiti. Dorang hanya perlu scan QR code je kalau nak guna duit tu.

Difahamkan juga, mereka yang membuang air besar akan mendapat 10 Ggool. Bagus lah teknologi orang Korea ni kan, semua pihak untung.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:lobakmerah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!