“Lembu Itu Sudah Seperti Rakan Karib”, Namun Allahu.. M4ut Akib4t D1ser3t Lembu Sejauh 50 Meter
KOTA BHARU: ‘Lembu itu sudah seperti rakan karib arwa4h anak saya dan menjadi binatang kesayangannya sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak sangka ajalnya berakhir disebabkan lembu berkenaan,” kata Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29, iaitu bapa kepada Raja Abdul Wafi, enam tahun, yang m4ut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, dalam kejadian di Kampung Rahmat, Jeli jam 6.40 petang semalam.
Bapa kepada anak itu berkata, sudah menjadi rutin setiap hari anak sulungnya itu akan mengikutnya ke padang untuk membawa pulang lembu peliharaannya.
“Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.
“Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, ketika kejadian seperti biasa dia akan mencabut tunggul lembu berkenaan serta yang lain-lain dan akan melepaskannya, sementara dia dan arw4h anaknya akan mengikut dari belakang dengan menunggang motosikal.
“Bagaimanapun ketika itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi tiba-tiba terkejut melihat arw4h sudah diseret lembu berkenaan, namun saya tidak boleh mengejarnya kerana bimbang lembu berkenaan lari lebih laju.
“Saya tidak tahu bagaimana lembu berkenaan boleh l4ri, mungkin ketika itu anak saya sedang bergurau dengan lembu itu menyebabkan binatang itu berl4ri dalam keadaan tali terbelit pada kaki anaknya.
“Saya hanya menghampiri anak selepas lembu berkenaan berhenti berl4ri dan ketika itu Abdul Wafi sudah tidak sedarkan diri,” katanya sambil menahan sebak.
Raja Hishamuddin berkata, walaupun sedih dengan k3hilang4n mengejut anak kesayangannya itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir.
“Sejak kebelakangan ini arw4h begitu prihatin terhadap lembu berkenaan dan jika saya ke padang tanpa membawanya, dia akan merajuk.
“Lembu itu juga sangat jinak dengan anak saya dan apa yang berlaku itu memang mengejutkan kami sekeluarga.
“Malah sehingga kini keadaan em0si isteri saya masih tidak stabil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung,” katanya yang jen4zah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Lanas, Jeli.
Dalam kejadian jam 6.40 petang semalam, Raja Abdul Wafi men1ngg4l dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan par4h di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter.
Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Semoga Dimurahkan Rezeki
Sumber:bharian.com