Mengawal Serta Memantau Kawasan Di Raub,Seramai 213 Pegawai Dan Anggota PGA

Mengawal Serta Memantau Kawasan Di Raub,Seramai 213 Pegawai Dan Anggota PGA

KUALA LUMPUR: Seramai 213 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan ke Raub, Pahang, bagi menjaga ketenteraman awam di daerah itu berikut k3kec0han membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang turut digerakkan untuk membuat kawalan dan pemantauan udara di kawasan itu bagi mengelak kejdian tidak diingini.

“Keadaan dan situasi semasa di kawasan itu dilihat terkawal dan berada pada tahap baik.

“Kita akan terus membuat rondaan serta kawalan statik di luar dan dalam kawasan itu,” katanya pada BH, hari ini.

Pada Ahad lalu, 18 pekebun durian ‘Musang King’ dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui ditah4n selepas melakukan provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Operasi memvsnahk4n ladang har@m durian Musang King dalam Hutan Simpan Batu Talam itu bermula Ahad hingga 2 Ogos ini membabitkan pelbagai agensi kerajaan termasuk polis.

Difahamkan, kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang sudah mengeluarkan hasil.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share.. Terima Kasih Banyak! 

Sumber:bharian.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*