Selamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan. Gadis Cantik Ini Bawa Pulang Terima Pujian Netizen

Selamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan. Gadis Cantik Ini Bawa Pulang Terima Pujian Netizen

Ada juga yang berpendapat pencinta kucing yang sebenar adalah seseorang yang sanggup merawat dan membela kucing terbiar sehingga keadaannya menjadi baik sekali.

Ramai di antara kita yang suka bermain dengan kucing namun tak semua mampu menjaga makan dan minum mereka, menanggung kos rawatan mereka ketika sakit, memandikan mereka dan bermacam-macam lagi.

Kisahnya bermula apabila gadis ini sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan tiba-tiba dia terlihat seekor anak kucing yang tiada hala tuju berada di tengah jalan.

Bercakap mengenai kucing terbiar, baru-baru ini seorang gadis telah menyelamatkan nyawa seekor kucing terbiar yang berkeliaran di tengah-tengah jalan raya besar.

Gadis tersebut yang risau akan keselamatan kucing tersebut bertindak turun dari kereta dan membawa kucing tersebut ke dalam kereta menuju ke pejabat tempat gadis tersebut bekerja bersamanya.

Anak kucing tersebut juga dikatakan kelihatan takut sehingga menggigil apabila diambil.

Anak kucing jantan itu juga diberi nama Susano dan lebih mesra dipanggil Sano oleh tuannya. Sano dikatakan sangat manja dan comel. Kehadiran dirinya di pejabat gadis itu juga disenangi ramai.

Sejurus sampai di pejabat, gadis itu terus memandikan anak kucing itu dan memberikan sedikit wet food dan air kerana katanya anak kucing yang diambilnya itu kelihatan lapar dan terlalu haus dek kerana cuaca yang panas di luar.

Video menyelamatkan Sano yang berdurasi selama 20 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak 2.4 juta kali, 290.3 ribu like, 3095 komen dan 1549 perkongsian.

Sano juga akan dibawa ke tempat kerja gadis tersebut pada setiap hari dan disimpan di dalam sangkar beserta bekas pasir dan bekas makanannya. Sano kelihatan semakin gembira berada di sisi gadis tersebut.

Mereka turut mendoakan agar gadis tersebut dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih dan syabas kepada gadis tersebut kerana telah menyelamatkan nyawa Sano dan menjaganya dengan baik sekali.

Wargamaya juga sempat memuji gelagat comel Sano. Tak puas melihat Sano menerusi sebuah video sahaja, wargamaya meminta agar gadis tersebut sentiasa update tentang Sano.

 Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!