Sekiranya PKP 3.0 Dil4njvtk4n Maka Peniaga Kecil Akan T3rjej4s Lebih Tervk.. Oleh itu, Peniaga Kecil Minta Dibenarkan Berniaga
KUALA LUMPUR: Peniaga kecil di seluruh negara akan t3rjej4s lebih t3ruk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan lagi.
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Datuk Michael Kang, berkata ketika ini peniaga sudah tidak mempunyai pendapatan dan biarpun sesetengah perniagaan dibenarkan dibuka, ia langsung tidak menjana keuntungan.
Katanya, kerajaan perlu melihat keadaan semasa peniaga kecil hari ini yang majoritinya semakin ‘m4ti’ disebabkan perniagaan langsung tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP.
“Hari ini perniagaan amat t3rjej4s tervk dan ada yang sudah ‘m4ti’ dan jika PKP diteruskan untuk tempoh dua minggu atau sebulan lagi saya rasa semua peniaga akan mengangkat ‘bendera putih’ meminta bantuan untuk hidup.
“Malah ada kenyataan menteri bahawa industri mikro akan t3rjej4s sebanyak 49 peratus sekiranya ia terus ditutup dan ia benar kerana jika boleh dibuka sekali pun, banyak prosedur operasi standard (SOP) yang tidak sepadan dan akhirnya membawa tindakan penguatkuasaan kepada peniaga,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Fasa 1 PKP 3.0 sebelum diumumkan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 k3s.
Bagaimanapun k3s j4ngk1tan C0V1D-19 ketika ini meningkat hari demi hari termasuklah k3s t3rt1nggi semalam yang m3ncec4h kepada 11,000 dan tidak menunjukkan ia akan berkurangan sehingga 4,000 k3s.
Mengulas lanjut Michael berkata, peniaga kecil amat mematuhi SOP yang ditetapkan dan sepatutnya dibenarkan beroperasi sekiranya mereka berada di kawasan bukan r1sik0 C0V1D-19.
“Sudah sampai masanya tindakan PKP dilakukan di kawasan yang mempunyai r1sik0 tinggi C0V1D-19 dan membenarkan peniaga kecil kawasan lain untuk meneruskan perniagaan dengan SOP yang ketat,” katanya.
Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman, pula berkata, kerajaan diminta menimbang langkah yang perlu seperti memberikan elaun sara diri sekurang-kurangnya RM500 kepada peniaga sekiranya PKP dilanjutkan.
“Ketika ini, itulah yang diperlukan mereka. Tiada gunanya memberikan geran bantuan atau modal berniaga kerana dana yang diberikan itu tetap akan digunakan untuk memberi barang keperluan.
“Apa yang boleh diniagakan hari ini kerana ramai yang dibenarkan berniaga pun tidak pulang modal,” katanya.
Beliau berkata peniaga kecil terkesan kerana mereka berpendapatan harian.
“Rakyat hari ini sangat patuh kepada undang-undang tetapi mereka hidup dalam tek4nan kerana tiada pendapatan dan jika tek4nan itu memuncak, saya fikir akan ada rakyat yang keluar dan tidak mahu lagi mematuhi arahan,” katanya.
Sudah baca artikel ini? Jangan lupa komen dan share semua..Semoga Bermanfaat
Sumber:bharian.com