Macam mana boleh pecah. 4 sekeluarga buat aksi sampai bederai kaca. Papa bebel tahu pula diam.

Macam mana boleh pecah. 4 sekeluarga buat aksi sampai bederai kaca. Papa bebel tahu pula diam.

Namun itu bukanlah sesuatu yang menarik perhatian ramai sebaliknya gelagatnya yang membebel pada kucing-kucing itu yang mencuit hati netizen. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

Tak dinafikan, ada kalanya gelagat nakal kucing di rumah boleh menimbulkan kemarahan pada pemilik kucing terutamanya jika ada yang merosakkan barang di rumah. Sama macam situasi yang dialami lelaki ini apabila pintu kaca di rumahnya habis pecah gara-gara kenakalan kucing yang dipeliharanya ini.

Lebih melucukan, kesemua kucing-kucing itu dilihat duduk berbaris di satu sudut seolah-olah sedar mereka akan dimarahi oleh pemiliknya. Dalam masa yang sama, lelaki itu turut membebel pada kucing-kucing itu tentang kenakalan mereka ini yang tidak henti-henti membuat masalah.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan suasana di rumahnya apabila sebuah pintu kaca pecah dan terjatuh ke lantai. Rupa-rupanya, ini semua angkara kucing-kucing di rumahnya yang telah mencetuskan huru hara itu.

Malah lelaki itu siap mengungkit segala pengorbanan yang telah dilakukannya untuk kucing-kucing itu sekaligus membuatkan netizen berdekah mendengarnya. Dalam masa yang sama, kesemua kucing-kucing itu hanya duduk diam sahaja semasa dimarahi pemiliknya ini.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur mendengar bebelan lelaki itu pada kucingnya. Malah ramai yang menganggap mungkin juga kucing-kucing itu berasa insaf selepas mendengar bebelan yang panjang ini.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!