Aksi “Penculikan” Anak Kucing, Suspek Seekor Monyet Dilihat Cuba Memb4wa Larinya

Tidak kering gusi kita melihat beraneka macam gelagat haiwan yang dirakam dan dimuat naik di media sosial. Kali ini, admin tertarik dengan sebuah video yang dimuat naik semula oleh sebuah akaun Instagram memaparkan tentang aksi ‘penculikan’ seekor anak kucing. 

Seekor Monyet Cuba ‘Menculik’ Anak Kucing

Dalam video tersebut kelihatan seekor monyet yang cuba membawa lari seekor anak kucing tanpa diketahui motifnya. Monyet tersebut datang menghampiri anak kucing tersebut di sebuah kawasan letak kereta lalu cuba membawanya lari seperti ibu yang mahu mengendong anaknya. Anak kucing tersebut pun kelihatan pasrah apabila dibawa lari oleh monyet tersebut. 

monyet

Pada keesokan harinya, kelihatan anak kucing tersebut masih lagi bersama monyet itu. Kedua-dua haiwan tersebut dilihat sedang duduk ‘berehat’ sambil berteduh dengan bayangan kereta. Monyet tersebut dilihat sedang mencari kutu si kucing. Amboih, itu rupanya motif penculikan monyet tersebut. Kemain macam kawan baik pula kita tengok mereka berdua walaupun berbeza spesies. 

Begitulah, haiwan pun mempunyai rasa kasih sayang diantara mereka walaupun berbeza. Semoga kita sebagai manusia dapat mencontohinya. 

monyet

BACA JUGA: “Hobi Menonton TV,Tak Buka Dia Bising”-Aksi Kucing Minta Buka Channel Kartun Kegemaran Setiap Pagi Buat Ramai Geram

Komen Warganet

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang menyatakan rasa bimbang melihat situasi tersebut. Menurut beberapa komen, pernah ada kejadian monyet membawa lari anak anjing dan dibawa naik ke atas pokok lalu dilempar daripada atas. Bahayanya kan?

Disamping itu, ada juga yang geli hati melihat aksi monyet dan kucing tersebut. 

“Bahaya tu..ada kes di india..monyet culik anak anjing pastu campak dri tempat tinggi”

“Kalau ikutkan tak boleh biarkan monyet dengan  kucing mcm ni. Monyet ni agressif. Sian kucing tu”

“Mujur tak jadi apa. Kalau boleh jangan dibiar next time.”

“Ooo sekarang baru aku tau mcm mana kucing boleh sekat kat pokok tak pandai turun😂”

“Kenapa kucing tu pergi dekat monyet tu? Pastu ia duduk diam je masa monyet tu bawak & masa dekat kereta tu?”

“Kesian pulak…dia bawa lari sbb hujan lebat tu…nak berteduh kat bus stop nampak mcm takut-takut”

 

monyet

 

monyet

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Comment

error: Content is protected !!