Sedang aku leka memancing. Tiba-tiba terdengar suara kucing menjerit, lepas tu bunyi jatuh dalam air.

Sedang aku leka memancing. Tiba-tiba terdengar suara kucing menjerit, lepas tu bunyi jatuh dalam air.

Seorang nelayan meny3lamatkan seekor anak kucing yang dipercayai dicampak individu tidak dikenali dari atas Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian tidak lama dulu.

Bagi para pemancing… mesti banyak perkara lucu atau aneh yang pernah mereka alami semasa memancing. Tidak kiralah jika mereka tertangkap benda lain selain ikan contohnya kasut, tin kosong, benda berh4rga dan lain-lain.

Katanya, dia dimaklumkan nelayan tersebut yang anak kucing berbulu hitam itu dijumpai semasa dia sedang memancing ikan di tiang 67 di bawah Jambatan Pulau Pinang.

Pemandu bot pelancong, Sobri Karim, 36, berkata, dia menerima panggilan daripada seorang nelayan untuk membantu membawa anak kucing itu ke jeti nelayan Batu Uban dekat sini untuk dis3lamatkan.

Jelasnya, nelayan berkenaan mendakwa anak kucing itu ditemukan sedang berenang menghampiri tembok tiang itu selepas dicampak kira-kira 20 meter dari atas jambatan.

“Saya terus ke lokasi penemuan anak kucing itu sejurus menerima panggilan membantu membawa anak kucing itu pulang ke jeti,” katanya kepada akhbar terkemuka, di sini hari ini.

“Nelayan yang sedang memancing tersebut kemudiannya terus membawa naik haiwan tersebut dengan menggunakan penyauk ikan.

Sementara itu Sobri menambah, dia tidak menyangka ada individu sanggup bertindak k3jam terhadap haiwan perliharaan tersebut tanpa perik3manusiaan.

Dalam pada itu, video anak kucing yang diselamatkan tersebut yang berdurasi kira-kira 18 saat dan dirakam Sobri tular di dalam media sosial hari ini dengan rata-rata netizen memuji dan melahirkan penghargaan atas usaha murni kaki pancing berkenaan menyelamatkan haiwan terbabit.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!