Bila nak solat, dia datang dekat, lepas tu baring atas sejadah. Rupa-rupanya ini yang nak dia tunjuk.

Bila nak solat, dia datang dekat, lepas tu baring atas sejadah. Rupa-rupanya ini yang nak dia tunjuk.

PENEMUAN kalimah Allah yang terbentuk pada awan, daun, hirisan daging dan sebagainya pernah berlaku dan tular sebelum ini.Terbaharu, seorang lelaki dikenali sebagai Long Ijan berkongsi dua keping foto, memaparkan kalimah Allah yang terbentuk pada badan seekor kucing miliknya.

Karenah kucing ni kadang2 kita pun tidak pernah terfikir. Masing2 ada perangai sendiri yang hanya tuan empunya sahaja yang mungkin pernah nampak atau mengalaminya. Suka tidur atas sejadah, pemilik baru sedar ada kalimah Allah pada badan kucing… Anggap ada mesej yang mahu disampaikan

Dia membuat perkongsian itu menerusi group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? sehingga meraih lebih 4,000 tanda suka.Malah, posting berkenaan turut dihujani lebih 200 komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan penemuan berkenaan.

“Daripada kecil sampai ke besar suka tidur dekat sejadah. Ada masej yang nak disampaikan. Baru perasan hari ni,” tulisnya menerusi Fesbuk, Selasa lalu.

“Subhanallah. Allahuakbar. Ada kalimah Allah. Alhamdulillah. Rasa tersentuh melihatnya.

“Comel bulu dia ada kalimah Allah.

Selain itu, beberapa netizen turut berkongsi cerita dan foto, mendakwa kucing mereka turut mempunyai kalimah sama.

“Allahuakbar. Beruntungnya awak,” tulis beberapa netizen.

“Sama dengan kucing saya ada kalimah diperutnya. Dia sesat ke rumah saya dalam keadaan bersih semuanya pada 15 Ramadan lima tahun yang lalu,” tulis beberapa individu.

“Kita dulu ada juga seekor, namanya Simba. Kat tepi perut dia kalimah Allah memang jelas sangat jaga daripada baby sampai besar tapi sayangnya dia dah hilang, maybe ada yang ambil dia.

Menurut laporan akhbar, Nur Zahirah Ulfah, 30, berpeluang melihat dan merakam awan berbentuk kalimah Allah di langit sekitar pukul 11.30 malam di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, Kedah. Rakaman kejadian itu yang dikongsi menerusi Fesbuk turut tular dan meraih perhatian ramai.

Sebelum ini pada 27 Ramadan lalu, netizen turut digemparkan dengan kemunculan awan berbetuk kalimah Allah di langit.

Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tesebut namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu.

Sebagai peringatan, penemuan sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyararakat.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!