Buat Aduan Ke Jabatan Tenaga Kerja, Gadis Dibuang Kerja
Isu ditindas oleh majikan ini bukanlah satu perkara yang baru malah ianya semakin menjadi-jadi sehinga kini
Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin Nur Hidayah Ramli telah mend4kwa ditind4s oleh majikan kedai gajet yang memberi layanan diskrimin4si berhubung pembayaran gaji pokok yang diterimanya berbeza dengan pekerja lain..
gajiMenerusi video yang dimuat naik wanita ini dilaman TikToknya @farinramleey_, Fatin meletakkan anggaran gaji pokok yang diterima adalah Rm1200, namun majikan disitu memaklumkan kepadanya gaji pokok di tempat itu adalah sebanyak RM1000 sahaja.
Tanpa menandatangani sebarang dokumen, Fatin bekerja di kedai itu selama lima bulan di mana dia perlu bekerja selama 12 jam sehari.
Namun, taktik majkannya itu mula diketahui apabila rakan sekerjanya dari cawangan Johor menghubungi dia untuk bertanya mengenai gaji pokok dan memaklumkan gajinya RM1100 sedangkan gaji wanita ini hanyalah RM1000 sahaja.
“Saya berjumpa dengan pengurus untuk bertanya kenapa gaji pokok saya berlainan. Pengurus beri alasan dia hanya mengikut arahan majikan sahaja. Katanya, Johor lebih bandar berbanding Perak. Tetapi hakikatnya, cawangan ini dekat Ipoh. Jadi, alasan itu tak boleh digunapakai,” katanya.
Oleh kerana ger4m dengan jawapan majikan, Fatin bertindak untuk mencari iklan yang disebarkan oleh pengurusnya di media sosial untuk mencari pekerja baharu kerana kedai itu kerap mengalami masalah kekurangan pekerja yang berhenti secara tiba-tiba.
Nasib menyebelahi Fatin, dia terjumpa satu posting yang dimuat naik oleh pengurusnya.
Daripada iklan tersebut, Fatin mendapati majikannya menawarkan gaji RM1,100 bagi pekerja di Johor. Tetapi di Perak, gaji pekerja masih RM1,000.
Lebih menyakitkan hati adalah, dia terjumpa lagi satu iklan tawaran kerja yang sama akan tetapi dalam bahasa Cina. Setelah diterjemah, Fatin mendapati iklan itu menawarkan gaji minimum sebanyak RM1,400.
Fatin juga bertanya kepada semua rakan sekerja berapakah gaji yang mereka terima semasa tiba hari gaji dan dia mendapati semua adalah jumlah yang berlainan dan ada juga pekerja yang baru bekerja selama tiga minggu namun sudah diberikan gaji sebanyak RM1400.
Tidak berdiam diri, Fatin melaporkan perkara itu kepada JTKSM dan sekaligus mengundang m4rah majikannya apabila menerima surat daripada pihak JTKSM.
Ber4ng dengan perkara itu, dia meminta pengurus cawangan Ipoh memecat Fatin serta-merta tanpa sebarang notis.
“Selepas surat jabatan buruh sampai kepada syarikat, majikan arahkan manager untuk berhentikan saya. Tapi saya gelakkan manager itu dan ucap terima kasih sebab buang saya tanpa notis. Jadi, bolehlah tambah aduan kedua kerana dibuang kerja tanpa notis,” katanya.
K3s itu kemudian dibawa ke mahk3mah dan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, hakim mendapati bekas majikannya bersalah serta diperintah untuk membayar p3mpasan sebanyak RM4,364.04 bagi isu tuntutan gaji dan RM1,120 atas kesalahan membuang pekerja tanpa notis.
Video yang tular di laman TikTok:
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap beraninya yang membendung isu ‘pilih bulu’ dikalangan majikan sehingga meletakkan gaji yang berlainan.
Antara komen warga maya:
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Y0y.my / MSTAR