Satu hal laa pulak ko nie Oyen. Lembu terlebih susu, apalagi 2 ekor nie rebut peluang.

Seperti snek treats yang lain, ia hanya perlu diberi sebanyak 10-15% sahaja daripada nilai diet harian seekor kucing.

Jika kucing anda toleran terhadap susu ataupun anda ingin memberikan sesuatu yang istimewa kepada kucing, hanya gunakan susu sebagai salah satu treats. Susu lembu sebenarnya tidak memberikan nutrisi yang ketara pun kepada kucing dan ia juga bukanlah pengganti makanan kucing yang baik.

Seelok-eloknya berilah susu bebas laktosa, susu kambing atau susu khusus untuk kucing bagi proses pencernaan yang tidak bermasalah.

Untuk mengelakkan obesiti, jangan beri susu melebihi 20-30 kalori setiap hari. Memandangkan secawan susu skim sudahpun mempunyai 83 kalori, anda hanya perlu berikan beberapa sudu sahaja susu kepada kucing untuk mengelakkan masalah berat badan kucing.

Video:

 

Sumber:I Muslim Network

Leave a Comment

error: Content is protected !!