Kucing Tua Berwajah Sedih Cuba Sembunyi Diri, Rupanya Dia Kehilangan Keluarga Dan Tersesat.Akhirnya Dia Bertemu Pemilik Baru.

Kucing Tua Berwajah Sedih Cuba Sembunyi Diri, Rupanya Dia Kehilangan Keluarga Dan Tersesat.Akhirnya Dia Bertemu Pemilik Baru.

Dia sangat pemalu, menyorokkan muka sed1h ke dalam kotak pasir agar dapat mengelakkan hubungan matadan cuba membuat dirinya tidak kelihatan kepada semua orang.

Kucing betina yang berusia 8 tahun ditemui merayau seakan tersesat mencari arah dan tempat selamat dijumpai awal tahun ini di Perth, Australia Barat. Kucing betina berbulu warna Calico itu memerlukan rawatan kerana dia telah kehilangan banyak berat badan selain kesihatannya yang berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Mendaengar berita keadaan calico yang sed1h kehilangan keluarga, pihak Cat Haven Wa (di Shenton Park, Australia Barat)segera cuba memberikan bantuan sewajarnya .

Kucing yang dinamakan Simba mempunyai mata yang paling menyedihkan . Matanya seperti tersorot kesedihan yang dalam . Dia seperti keliru dan lebih suka bersembunyi dan enggan keluar dari kotak sampahnya.

Pada awalnya mereka fikir ia adalah anak kucing yang sesat, tetapi ia mempunyai microchip. Mereka cuba mencari keluarganya tetapi tidak dapat menghubungi mereka.

Selepas beberapa hari di mana tiada siapa yang datang ke tempat perlindungan untuk menuntut dia, seorang sukarelawan Cat Haven datang untuk memeliharanya sebagai haiwan peliharaan dirumah.

Kerna tidak dapat mengatasi stress terhadap keadaan persekitaran kawasan perlindungan , Simba terus berlindung di kotak sampah. Mereka percaya Simba mengalami trauma teruk dari manusia di sepanjang perjalanannya yang tersesat.Dia lebih rela duduk menyendiri dari menerima bantuan kerana masih tidak mempercayai kebaikan yang akan diterima dari manvsia.

Perlahan-lahan tetapi pasti, kucing yang menyedihkan itu keluar dari kesdihannya. Simba akhirnya selesa dan berasa disayangi bersama keluarga baru dan dia sedar bahawa dia berada dalam jagaan dan di rumah yang selamat.

Mereka menyediakan rumah kucing yang selesa buat Simba agar dapat memberikan keselesaan untuk Simba.Akhirnya berkat kesabaran , simba mula percaya dan cuba berinteraksi dengan mereka.

Tiada siapa yang tahu berapa lama Simba mengembara jalan-jalan sebelum akhirnya menemui tuan baru untuk menumpang teduh dan diberikan perhatian.

Kucing yang pernah malu mula mencari kasih sayang dari orang dan haiwan lain. Dia telah mendapat semula harapan dan akhirnya merasa selamat di alam sekitar di mana dia dikelilingi oleh orang yang sanggup menumpahkan kasih sayang.

Selepas berminggu-minggu dijaga, Chelsea sangat gembira untuk mengatakan bahawa dia telah mengadopsi Simba dan akan menjaga dan merawatnya selama-lamanya. Mereka berharap walaupun wajahnya sedih, jauh di dalam hatinya, dia merasakan kebahagiaan yang dia telah terlepas begitu banyak.

Sekitar masa itu, Chelsea dan keluarganya menemui cerita Simba . Mereka melihat melalui mata yang sedih dan tahu apa yang diperlukan oleh kucing tua itu.

Ia tidak mengambil masa lama untuk Simba, yang dinamakan semula Molly, untuk mula merasa bersenang-senang dengan keluarga barunya.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!