Hanya Ada RM230, Bekas Graduan Kongsi Pengalaman Bertahan 2 Bulan Di Kampus

Bekas graduan kongsi pengalaman hanya ada RM230 untuk belanja selama dua bulan di kampus

Seorang bekas pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang enggan dikenali telah berkongsi pengalaman hidupnya sewaktu kali pertama memasuki alam universiti untuk meneruskan pembelajaran. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat belia di luar sana yang mungkin pernah meninggalkan pelajaran hanya disebabkan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Pada awalnya, dia hanya mempunyai wang sebanyak RM200 untuk digunakan pada bulan pertama kemasukan. Namun apakan daya, permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya diluluskan pada bulan November sekali gus membuatkan pelajar ini terpaksa mengikat perutnya selama dua bulan.

Menurut individu ini, dia pernah terpaksa meneruskan kehidupan di kampus selama dua bulan dengan hanya berbekalkan duit belanja sebanyak RM230. Tidak dapat dibayangkan bagaimana individu berjimat cermat dalam kehidupan sehariannya.

Bagi mengawal perbelanjaan, individu ini hanya akan makan dua kali sehari. Untuk makan tengahari, dia akan menghabiskan kurang daripada RM5 untuk membeli sepinggan nasi dan dua jenis sayuran. Pada waktu malam pula, dia akan membeli nasi lemak yang berharga RM1. Adakalanya, dia akan menambah lauk telur goreng.

Pada masa yang sama, salah satu subjek yang diambil memerlukan buku teks yang berharga RM70. Pelajar ini pulang ke rumah untuk mendapatkan bantuan kewangan dan keluarganya memberikan wang sebanyak RM100 untuk tujuan tersebut. Malah, individu ini memaklumkan bahawa dia akan menyertai pelbagai aktiviti di kampus yang akan memberikan makanan, pakaian dan merit kepadanya sekali gus membolehkan dia mengurangkan perbelanjaan.

“Bukan ini sahaja cara untuk saya berjimat cermat. Saya juga mula bekerja secara sambilan. Isunya, peluang pekerjaan di UUM tidak begitu banyak. Antara pekerjaan yang saya lakukan adalah menjual tiket bas dan membantu pensyarah untuk mencari pelajar senior bagi melakukan penyelidikan”.

Dengan wang yang ada, dia kemudiannya membeli alat pencetak dan mula membuka perniagaan mencetak di asramanya. Selepas menamatkan pembelajaran, segala wang yang diperoleh semasa bekerja di kampus digunakan untuk meneruskan latihan industri atau praktikal di luar negara.

Setelah tamat latihan industri selama enam bulan, dia kembali ke Malaysia dan terus mendapat pekerjaan yang bagus. Dia kemudian tidak lagi perlu mengikat perut dan mengawal perbelanjaan seperti zaman kampusnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!