Itulah dikatakan rezeki tersepak apabila niat untuk mendaki namun telah menemui sejenis batu yang sangkaan awalnya hanya sekadar batu biasa, namun teIah disahkan oleh pakar ianya bukan lah batu biasa namun sebiji berlian yang bernilai RM91,917.
LITTLE ROCK, ARKANSAS – Tuah menyebelahi seorang wanita apabila dia menemui sebutir berlian dianggarkan bernilai lebih AS$22,000 (RM91,917) di taman negeri Arkansas, Amerika Syarikat dan dibenarkan menyimpan mineraI berharga itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Noreen Wredberg, ketika menemui berlian itu sedang mendaki bersama suaminya, Michael Wredburg di Taman Negeri Crater of Diamonds apabila dia terIihat sebutir objek berwarna kuning berkilau yang berada di atas tanah.
“Saya tidak tahu bahawa ia merupakan berlian, namun objek itu amat bersih dan berkilau. Jadi, saya mengutipnya,” kata Noreen.
Wanita itu kemudiannya membawa berIian tersebut kepada pihak berkuasa taman negeri yang kemudiannya mengesahkan bahawa ia merupakan berlian tulen.
Berlian itu bersaiz kira-kira sebutir kacang jeli dengan bentuk seperti buah pir dan berwarna kekuning-kuningan seperti Iemon.
Dalam pada itu, seorang pakar berlian dan barang kemas, David Allen berkata, berdasarkan saiz, berIian yang dijumpai Noreen itu boleh dijual pada harga antara AS$20,000 hingga AS$30,000 (RM83,563 hingga RM125,344) berdasarkan kepekatan warna kuningnya.
“Semakin pekat dan cantik warna kuningnya, semakin tinggi nilainya.
“la adalah satu penemuan yang amat berharga dan Noreen amat bertuah kerana menemuinya,” ujarnya
Sumber:Rentas-asia
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Like dan Follow Kami di Berani Bangkit Media