Pada usia semuda 16 tahun, di saat kawan-kawan lain bersuka-ria menikmαti waktu remaja mereka, Nazir terpαksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dan bertungkus-lumus dengan pisαu, bαu hαmis dαrαh di pasar tersebut sebagai penjual dαging.
Pada suatu hari seorang lelaki berketurunan India menemuinya di pasar dan mencadangkan agar beliau menjadi penternak. Bukan saja itu, dia juga memberi Nazir 500 ekor kambing dan 150 ekor lembu sebagai ‘modal permulaan’ bila beliau menyatakan bahawa beliau tidak ada wang untuk berbuat demikian. Namun, lelaki india itu, cuma cakap bayαr, bila dia rαsa sudah mampu.
Berkat dan rezeki beliau memelihara ‘anak syurga’ ini, dalam tempoh 10 tahun ternakannya bertambah berkali-kali ganda. Kini, di ladang beliau saja ada 3,000 ekor kambing dan lebih 500 ekor lembu. Jualan syarikat juga mencecah RM25 juta!
Selain ladang, Nazir juga membuka pejabat dan pasaraya sejuk bekunya sendiri di Taman Mutiara, Karangan. Beliau berkata bahawa adik beradik, isteri dan keluarga adalah tulang belakang di sebalik kejayaan beliau selama ini. Di samping itu, pengalaman menjadi penjual daging sejak remaja dan kesanggupan untuk belajar benda baru juga pemangkin pada pencapaian tersebut.
Ditanya mengenai prospek dunia penternakan haiwan di negara ini, Nazir memberitahu ia mempunyai masa depan yang cerah tetapi tak ramai yang mampu bertahan. Paling dikesali ramai yang mahu untung cepat dan tak memperlengkapkan ilmu pengetahuan yang cukup bila menceburi bidang penternakan ini.
Jangan mengaku kalah dalam apa jua bidang sekalipun. Betul tak?
Sumber: Rentas Asia
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Like dan Follow Kami di Berani Bangkit Media