Resepi dan Petua Kulit Karipap Rangup Boleh Difrozenkan

Resepi dan Petua Kulit Karipap Rangup Boleh Difrozenkan

Assalamualaikum wrt. Hari ini saya nak share resepi karipap rangup cara saya. Saya mula buat karipap hanya untuk sendiri makan dan sekadar memenuhi permintaan dari jiran-jiran untuk stock bulan ramadhan.

Alhamdulillah bermula dari ramadhan tahun ini, atas permintaan dan sambutan dari jiran-jiran, saya meneruskan stock untuk dijadikan karipap frozen. Kalau ada yang nak resepi untuk mulakan jualan karipap frozen dan karipap rangup (crunchy) cara saya.

Di sini saya sertakan sekali resepinya dan beberapa hint yang saya guna pakai, boleh cuba ya. Moga ianya membantu dan memberi bermanfaat kepada yang lain. Boleh share kepada yang berminat. Resepi, cara-cara dan hint di bawah ya.

Bahan Kulit Karipap Rangup:

  • 1 kg (satu bungkus)  tepung gandum – saya guna tepung mfm cap ros
  • 3/4 cawan @ 150ml @ 15 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan  marjerin apa-apa jenama pon boleh – saya guna planta
  • 350ml @ 2 cawan @ 18 sudu @ 19 sudu aura air masak/mineral/drinking water/dari penapis coway/cuckoo
  • 1 sudu makan air kapur yang jernih sahaja

Oh! sebelum lupa jangan tanya saya garam atau gula tak letak kah?. Saya memang tidak letak sebab resepi dari arwah mak pon takde letak garam gula. Tapi kalau nak letak rasanya tidaklah menjadi kesalahan, ikut selera dan gerak hati masing-masing ya.

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak dan marjerin atau planta. Biarkan suam-suam dan tuang ke dalam tepung gandum. Gaul rata minyak dan tepung menjadi seperti  serbuk roti atau breadcrum.

2. Campurkan air kapur dan air yang 350 ml tadi. Setelah itu masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung, jangan terlalu lembik atau keras atau sampai boleh uli dan tidak melekat.

3. Uli tepung sehingga sebati menjadi dough. Untuk proses karipap menjadi senang, rehatkan atau biarkan dough dalam 45 minit hingga 1 jam.

Hint; Kalau nak cepat boleh tutupkan dough yang diletakkan dalam bekas dan di wrap dengan cling film, dalam 15 minit dah boleh proses buat karipap.

Cara saya untuk no. 3, setelah menjadi dough, agak-agak tepung tidak melekat (jika melekat atau lembik letakkan sikit tepung, jika keras tambahkan air) saya dengan secepat kilat jadikan dough kepada bulat-bulat kecil (yang ni ikut magic saya ok, selalunya untuk 1 kg tepung mean 1 bungkus saya dapat dalam 100-115 biji bebola kecil).

Setelah dibulat-bulatkan kecil saya rehatkan dalam 15 minit. Kenapa 15 minit? sebab saya wrap dengan cling bagi kedap udara dan dough cepat lembut dan senang untuk dibentuk. Dan 15 minit juga saya boleh lepak minum jap kat kedai depan rumah.. hihihi.

Sumber : Resepi Bonda

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*