Pucuk ubi mempunyai khasiat yg kita tak tahu

Siapa yang tak kenal dengan pucuk ubi. Ada yang kata pucuk ubi adalah sayur kampung. Tak kisah la sayur kampung pun kan tapi tahukah anda, pucuk ubi yang anda makan adalah sayuran organik 100% kerana pokok ubi kayu boleh ditanam dihampir semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus, malahan tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Ini menjadikan sayuran pucuk ubi ini amat tinggi nilainya.

Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkan dung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Kandungan protein dalam daun ubi disebut-sebut setara dengan protein pada telur, dan mengandungi lebih dari 60% a sid amino esensial. Kerana kelebihannya ini, daun ubi sangat baik untuk mence gah sembelit, baik untuk kesihatan mata, dan mampu meningkatkan kekebalan tu buh.

A sid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk:

  • Pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak.
  • Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak,
  • Menguatkan tulang dan
  • Membantu daya ingatan yang baik.
  • Selain itu juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun juga
  • berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kansyer.
  • Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan.
  • Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.

Tu buh kita memang memerlukan semua khasiat yang terkandung dalam daun ubi ini tapi mampukah kita untuk makan dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan tu buh. Bagi orang macam saya yang kurang gemarkan sayur memang tidak akan cukup segala khasiat yang diperlukan. Dan disebabkan itu saya menambah keperluan nutrisi dengan pengambilan supplemen seperti ESP. ESP juga mempunyai khasiat yang hampir sama dengan pucuk ubi.

Bagaimana anda ingin menikmati keenakkannya terpulang kepada anda. Ada yang suka rebus dan cicah dengan sambal tumis atau sambal belacan, mungkin boleh dimasak lemak atau di buat urap atau kerabu.

Sumber : mamazarasofia via majalahilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!