Petua Bercucuk Tanam Mengikut Kalender Hijriyah

Kepentingan bidang pertanian banyak tertulis dalam al-Quran tentang hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai. Seseorang itu dapat mendekatkan diri lebih dekat dengan Allah menerusi kegiatan pertanian kerana dapat melihat dan memahami dengan jelas proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

Amalan bercucuk tanam lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya.

Antara dalil, hadis dan ayat al-Quran yang berkatakan mengenai pertanian:

Seperti disebut dalam riwayat Imam Muslim;

“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu manusia, binatang, dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah sehingga hari qiamat’

Bercucuk-tanam adalah hasil usaha dari tangan kita sendiri. Dalam Shahih Al-Bukhari dari Miqdam bin Ma’dikariba radhiyallahu’anhu dari Nabi saw, Beliau bersabda:

“Tidaklah seorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil usaha tangannya sendiri, dan adalah Nabi Dawud ‘alaihi salam makan dari hasil tangannya sendiri”.

SEDIKIT PETUA BERCUCUK TANAM YANG DIKONGSIKAN OLEH TOK BATIN MENYUMPIT

Hari mengikut kalender Hijriyah

Haribulan 1, 11 dan 21 : Hari Akar – tanaman yang sesuai di tanam adalah yang mengeluarkan ubi seperti keladi, ubi kayu, keledek dan sebagainya

Haribulan 2, 12 dan 22 : Hari Batang – seperti serai, tebu, ubi dan sebagainya

Haribulan 3,13 dan 23 : Hari Daun – seperti sawi, kangkung, bayam, pucuk manis, labu dan sebagainya

Haribulan 4, 14 dan 24 : Hari bunga – seperti orkid, bunga kertas, kemboja, bunga mawar dan sebagainya

Haribulan 5, 15, 25 : Hari buah – seperti mangga, kelapa, durian, jambu, nenas, pisang dan sebagainya

Namun penjagaan tanaman juga perlu dilakukan macam biasa termasuk membaja dan kawalan penyαkit, jangan la tanam dan tinggal macam gitu ja, orang pun boleh mαti. Betul tak?

Contohnya: Hari ini 20 hb Disember 2021 bersamaan dengan 15 Jamadilawal 1443H Maka, tanaman yang sesuai untuk di tanam ialah tanam buah buahan seperti durian, kelapa, pisang dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

Kredit_Rentas Asia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!