Wanita Ini Guna Kereta Terkotor Di Dunia, 7 Jam Untuk Bersihkan

Amalan mencuci kereta bagi mengelakkan kerosakan pada cat kereta untuk jangka masa panjang. Ia bukan sahaja bakal menjadikan kereta tampil lebih bersih, malah boleh mengekalkan cat kereta asal untuk tempoh waktu yang lama.

Secara purata, pengguna jalan raya memandu selama 293 jam setahun. Bagi sesetengah orang kereta diibaratkan sebagai rumah kedua.


Lebih-lebih lagi bagi para ibu sama ada yang bekerja mahupun surirumah, kesibukkan dalam melaksanakan tugasan harian seperti menjemput anak-anak dari sekolah dan membeli barangan dapur pasti menghalang mereka dari menyedari keadaan kereta mereka yang tidak terurus.

Setelah tempoh tertentu, semua kenderaan pun akan menjadi kotor dan perlu dibersihkan. Walau bagaimanapun, sebuah kereta milik seorang ibu dari Australia ini mampu membuat kereta-kereta kotor yang lain nampak bersih.


Pemilik kereta terkotor itu yang tidak dinamakan menyerahkan kereta Mazdanya kepada Proline Automotive di New South Wales, dan meminta keadaan keretanya itu dikembalikan kepada asal.

Keadaan kereta tersebut sangat teruk ibarat tong sampah, sehingga syarikat pembersih terpaksa berkongsi imej dalaman kereta tersebut yang penuh dengan pelbagai kesan kotoran, rasa melekit, dan bau yang tidak menyenangkan.


Berdasarkan gambar yang dikongsikan, tempat duduk belakang kereta itu dilihat bersepah dengan batang lollipop, pembalut gula-gula dan serpihan biskut.

Proline Automotive berkata walaupun mereka biasanya hanya berkongsi gambar hasil kereta selepas dibersihkan, tidak selalu mereka berdepan dengan situasi seperti itu menyebabkan mereka terpaksa berkongsikan gambar menjijikkan kenderaan tersebut.


Untuk mengembalikan kereta terkotor itu kepada keadaannya yang asal, pasukan pembersih menghabiskan tujuh jam untuk menghilangkan kotoran dari setiap inci interior kereta wanita tersebut.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pada posting tersebut meluahkan rasa geli dan tidak dapat membayangkan memandu kereta seperti itu sambil membawa kanak-kanak.

Ada juga yang mempersoalkan keadaan rumah wanita tersebut jika keretanya kelihatan seperti itu. Macam mana la wanita ni boleh memandu guna kereta sekotor macam ni, huhu

Sumber: UNILAD

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!