Pernah Tular Nak Beraya Di Kampung, Adik Aifa Hidap Kanser Otak Hembuskan Nafas Terakhir Hari Ini

Satu kiriman daripada laman Facebook aktivis kemanusiaan Natipah Abu memaklumkan bahawa adik Nur Aifa Azira berusia 15 tahun yang menderita akibat menghidap kanser otak menghembuskan nafas terakhir awal pagi hari ini.

Sebelum ini, kisah adik Aifa pernah tular di mana hasratnya ingin beraya di kampung halaman bersama-sama keluarga tercapai apabila aktivis Natipah Abu membantunya dengan menyediakan helikopter untuk membawanya pulang ke kampung.

Namun, hari ini satu kisah duka dikhabarkan Adik Aifa telah meninggal dunia di rumahnya disamping ibu tercinta.

NUR AIFA AZIRA BINTI ABDUL AZIZ – 15 TAHUN – KANSER OTAK.

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“ Kakkk … Aifa dah tak dak Kak ! Saya keluar pi beli susu dia, saya sampai rumah , dia dah tak ada Kak ! Mak dia dengan yang lain ada .. saya ja tak dak Kakkkk … “

Allah …

Tenang dan sebak sekali Encik Aziz memaklumkan berita bahawa puteri kesayangan yang ditatang sepenuh kasih dan sayang selama 15 tahun ini telah dijemput pulang kembali mengadap Maha Pencipta jam 3. 20 tadi.

Betul kata orang .. kadang-kadang … kita jaga dengan penuh kasih .. tapi saat terakhir, dia akan pergi tanpa kita …

Tiada ayat mampu dikarang lagi … hanya doa dikirim buatmu duhai permata hati .. tenang dan berbahagialah hendaknya di alam abadi …

“ Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… “

Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

 

Sumber: Natipah Abu / siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!