Tersinggung Dengan Kata-kata Pensyarah Ini, Ramai Nitizen Tampil Mahu Membelikan Laptop

Di media sosial viral rakaman video memaparkan seorang pensyarah memarahi pelajar kerana tidak mampu membeli sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

Video yang dimuat naik di Tiktok itu sehingga kini telah mendapat lebih 3 juta tontonan dan 37k komen.

Orang ramai rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pensyarah yang seolah-olah memperkecilkan orang lain.

Dalam sedutan video viral, kedengaran profesor berkenaan bertanyakan pelajar adakah dia menggunakan telefon bukannya laptop untuk sesi itu.

“Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer? Engkau tinggal dekat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa? Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja. Kau tak ada adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas beli komputer. Aku cakap dengan kau, kalau kau ada kakak ada gelang emas pergi jual beli komputer. Tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau excel. Pasal itu kau jadi drop out student. Semester 5 kau tak ada komputer, aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 helai je pakaian. The most important is computer, very important for me. Hanya RM800 beli komputer apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran.”

Meluahkan rasa tersinggung dengan kata-kata pensyarah ini, ada netizen baik hati mahu menghulurkan bantuan membeli laptop kepada pelajar ini.

Komen nitizen

Disebabkan org mcm ni ramai student hilang semangat…

Rasa terkilan pulak dia ckp mcm tu…

Carikan student tu, saya nak belikan laptop..

Video Klik Di Sini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber Kredit: TikTok @arifeddy / OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*