Ibu Terkilan Baju Sekoleh Diconteng Rakan, Anak Darjah 1 Ada Masalah Speech Delay
Baru-baru ini bermula sesi baru persekolahan dan sudah pasti ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka melalui hari di sekolah dengan baik.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok @airisumayyah yang berkongsikan mengenai baju anaknya yang berusia 7 tahun dicont3ng oleh rakan di sekolah.
Wanita itu turut berasa kecewα dan kasihan dengan anaknya itu serta mengatakan ini apa yang dia nampak, namun tidak tahu jika ada perkara lain berlaku di sekolah.
Menurut wanita itu, anak lelakinya baru masuk darjah 1 dan mempunyai masalah speech delay. Ujarnya, mungkin disebabkan itu ada murid lain membuIi anaknya dengan menconteng baju.
Katanya lagi, anaknya tidak pandai bercakap mahupun belαwan. Malah, anaknya tidak pandai untuk memberitahu apa yang terjadi.
Dalam pada itu, wanita itu memberitahu ibu kepada murid yang menconteng baju anaknya telah menghubunginya dan meminta maaf serta mahu menggantikan baju anaknya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan sikap suka membuIi. Malah, ada yang terkejut kerana baru berusia 7 tahun sudah membuIi orang lain.
Sementara itu, ada yang mencadangkan kepada wanita itu agar memasukkan anaknya ke kelas pendidikan khas dimana lebih selesa dan akan dilayan dengan baik.
Ketika artikel ini disiarkan, video tersebut telahpun dipadam dari akaun Tiktok tersebut. Namun di sini, kita boleh ambil sebagai satu pengajaran lebih-lebih ibu bapa yang mempunyai anak yang berada di awal persekolahan.
Video:
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
SUMBER: gulapop.com
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit