Pening laa ko ni Hitam, Aku suruh ko makan ayam, yang ko makan benda tuh buat apa.

Pening laa ko ni Hitam, Aku suruh ko makan ayam, yang ko makan benda tuh buat apa.

Gelagatnya yang tidak menyentuh ayam goreng itu turut membuatkan netizen hairan melihatnya. Biasanya kucing cukup suka sekiranya diberikan ayam goreng untuk mereka makan namun lain pula jadinya pada kucing ini.

Telatah kucing memang ada kalanya pelik dan langsung tidak dapat diketahui mengapa mereka melakukan perkara di luar jangkaan. Macam gelagat seekor kucing hitam ini yang mencuit hati netizen apabila dia memilih untuk makan kelapa berbanding ayam goreng yang diberikan padanya.

Lelaki itu juga turut sama berdekah sambil memberitahu kucing itu untuk menikmati ayam goreng yang diberinya itu. Turut dapat dilihat, kucing tersebut begitu berselera menjamah kelapa itu seolah-olah sedang makan nasi.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing hitam itu dilihat sedang menikmati makanan yang diberikan oleh lelaki itu. Lelaki itu kemudiannya meluahkan rasa hairannya apabila kucing itu dilihat cuma menikmati kelapa itu dan tidak menjamah ayam goreng di sebelahnya.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu sebenarnya ‘rosak’ dan tidak dapat berfungsi dengan betul. Malah ada yang siap meminta lelaki itu menghantar kucing itu untuk dibaiki terlebih dahulu.

Ada juga netizen yang memberitahu kucing sememangnya suka dengan rasa kelapa yang lemak masin itu kerana kucingnya juga selalu melakukan perkara yang sama. Mungkin itulah sebabnya kucing hitam itu memilih untuk menikmati kelapa itu terlebih dahulu.

“Selalunya yang paling sedap last sekali makan.”

“Kucing ni rosak ni bang, hantar bengkel.”

“Bila ayam sedap sangat, dia simpan makan last lah tu.”

“Kucing ni kena pergi format baru ni.”

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!