Setelah bersusah-payah cik kura cuba memanjat keluar. Ini yang di lakukan oleh Si Abu.

Setelah bersusah-payah cik kura cuba memanjat keluar. Ini yang di lakukan oleh Si Abu.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu video yang memaparkan telatah seekor kucing yang ‘mengenakan’ kura-kura ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian rakaman ini kelihatan kura-kura tersebut sedang berusaha memanjat untuk keluar dari satu bekas.

Haiwan seperti kucing biasa dipelihara dan menjadi antara kesayangan ramai. Selain itu ada juga yang memelihara kura-kura, burung dan lain-lain haiwan jinak lain.

Berikut adalah perkongsian rakaman kura-kura cuba panjat keluar bekas tersebut:

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila seekor kucing yang sedang duduk bersantai di tepi bekas tersebut tiba-tiba memukul kepala kura-kura tersebut menyebabkan ia terjatuh semula. Amboi nakal ya!

Alahai kesian kura-kura itu sudah berusaha gigih, tapi disabotaj oleh kucing berkenaan pula. Apa-apa pun perkongsian rakaman kura-kura cuba panjat keluar bekas ini telah meraih lebih 71 ribu tontonan dan 4 ribu likes. Video ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun nadeera9602. Berikut antara reaksi ramai.

“Inilah sebabnya kucing lain dilarang berkawan dengan kucing oyen”

“Bayangkan lepas keluar kura2 tu gigit ekor kucing tu sebab dendam”

“Hello poliss tangkap budak kaki buli tuuu”

“Meow ni nak kena tau”

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Comment

error: Content is protected !!