Rakyat Malaysia memang teruja apabila bazar Ramadan kini sudah dibenarkan beroperasi.
Bagaimanapun, menurut Harian Metro, tinjauan mendapati rata-rata peniaga menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal perniagaan mereka.
Kenaikan harga bahan mentah yang tinggi menyebabkan mereka terpaksa berbuat sedemikian namun orang ramai menganggap ia masih pada harga yang berpatutan.
Kata peniaga nasi tomato dan sate di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Latifah Mohd Hassan, 58, dia terpaksa menaikkan harga jualan sate dengan peningkatan 20 sen manakala nasi tomato meningkat RM2 berbanding harga sebelum ini.
Nasi tomato sekarang saya jual RM10 dengan satu per empat bahagian ayam berbanding RM8. Manakala sate ayam RM1 berbanding 80 sen secucuk sebelum ini dan sate daging pula naik kepada RM1.20.”
Jelasnya lagi, pembekal ayam dan daging yang dibeli menaikkan harga dua bahan mentah itu. Lebih merumitkan, pembekal turut memaklumkan bahawa bekalan ayam muda sudah tiada.
Begitu juga, dengan peniaga otak-otak, Mohd Muhaimin Md Aliman, 28 tahun yang terpaksa menaikkan harga jualan pepes ayam dari RM1 kepada RM1.10.
Namun begitu, dia akui bersyukur kerana pelanggan menerima dengan baik situasi yang dialami peniaga.
Sementara itu di Facebook, ramai netizen memberikan komen masing-masing di mana rata-ratanya tahu tentang kenaikan harga itu selain ada yang ‘berkempen’ supaya orang ramai memasak di rumah sahaja.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Harian Metro